RSS Feed
This is a mood message, you can edit this message by editing file message.php, or you can also add here some advertisement.

Saturday, April 18, 2009

New Construction Method in Malaysia






Time kecik2 dulu sape pernah main lego???angkat tangan...best kan..teruja je aku dulu time kecik2 bile aku datang umah member aku dia tunjukkan satu kawasan perumahan yang dibina dari lego...dengan bangga je dia cite kat aku siap ada kren lego lagi beb...dulu time kecik2 aku iri ati je ngan dia..tapi ckp la..so aku terus cakap ngan diri aku..eleh ko wat pakai lego..nanti aku wat btol2...


Sekarang...

walaweh...betol laa..mmg buleh buat..sekarang nih teknik pembinaan kat Malaysia dah same macam negara2 maju yang lain...dorang wat umah dengan meng"adopt" teknik legi...men pasang2 je..xyah nak bancoh2 bagai...maki2, "apsal ko bancuh 1:2:13??? aku suruh 1:2:4 lah dol" bentak engineer kepada bangla..cewah...

so aku nk kongsi sket cara pembinaan lego ni pada sesiapa yang xpernah terpikir lagi..




Industrialize building system



Sistem pembinaan berindustri merupakan salah satu kaedah inovasi yang direka untuk memudahkan dan memantapkan kehidupan seharian. Sistem ini dilihat lebih efektif berbanding dengan pembinaan konvensional kerana ia mengunakan konsep pasang siap.Sistem ini diwar2kan oleh CIDB Malaysia yang wujud selepas konflik yang meragut banyak nyawa dimana jurutera dipersalahkan pada tahun 1995 di highland towers. Sistem ini dijangka mampu untuk membawa perubahan terhadap sektor pembinaan di Malaysia khususnya.


Master plan

Berberapa rancangan telah diatur bagi memastikan sistem ini diimplimentasikan di Malaysia didalam usaha untuk bersaing dengan Negara-negara maju seperti jepun, America dan lain-lain. Antaranya

Bahagian kritikal

- Penerapan ilmu berkenaan dengan IBS kepada golongan yang terlibat dengan sector pembinaan.

- Mengalakan pemikiran inovasi dan penyelidikan

- Mengurangkan tenaga kerja

- Penerapan professionalism

- Peningkatan productivity dan kualiti

Teras bagi rancangan yang diatur oleh CIDB adalah untuk meningkatkan inovasi dan memakmurkan tenaga kerja yang sedia ada. Apa yang bakal dilakukan oleh CIDB untuk memastikan rancangan mereka berjalan secara ringkasnya adalah dengan menyediakan pusat latihan dan mengakreditasi setiap pembinanaan berkenaan dengan IBS serta pemberian insentif



konvensional



IBS RULES!!


TRIGGER!!!


Disebabkan pengunaan tenaga kerja luar pada sector pembinaan adalah tinggi, CIDB mengambil langkah untuk melaksanakan IBS ini dengan tujuan dapat mengurangkan pengunaan tenaga kerja luar. Secara tidak langsung ia bertujuan untuk mengubah pandangan-pandangan yang skeptikel berkenaan dengan perubahan. Disebabkan itu,sungguhpun IBS ini dilihat dapat memberi berberapa kelebihan dan kebaikan seperti mengurangkan tenaga kerja, masa pembinaan, mendapatkan kualiti yang piawai,memakmurkan keadaan ekonomi, dan menjaga persekitaran tetapi, mengapakah idea inovasi ini dilihat kurang mendapat sambutan dari badan-badan yang terlibat dengan pembinaan seperti klien,arkitek, jurutera dan kontraktor?



SIstem konvensional




Jika dilihat dari cara pembinaan yang konvensional, didapati keadaan tapak pastinya berada dalam keadaan yang merbahaya ,tidak bersistem dan berterabur. Tetapi para kontraktor dimalaysia khususnya seakan-akan sudah lali dan tuli dengan apa yang berlaku. Pemaju pula seakan-akan rakus dengan penawaran kerana tiada satu kuasa dari pihak penguna yang menuntut lebih dari yang sedia ada. Mengapakah semua ini berlaku?


Intergriti


Tiada kesedaran integrity terhadap apa yang mereka lakukan kerana hanyalah mengejar keuntungan semata-mata dan menolak keselesaan dan keselamatan pengguna. Tiada penerapan intergrity terhadap pihak kontraktor berlaku.


Kos


Kos untuk pembinaan IBS dilihat bakal memberikan keuntungan yang minima jika dibandingkan dengan system konvesional. Ini berlaku kerana kurangnya ilmu dan keberatan untuk berubah. Para kontraktor, klien masih lagi selesa dengan rutin dan method yang biasa digunakan untuk pembinaan. Tetapi jika system ini diterapkan sepenuhnya dijangka pasti akan memesatkan pertumbuhan sector pembinaan di Malaysia. Ini kerana walaupun untungnya kecil tetapi boleh dilakukan dalam IBS dilihat dapat dilakukan secara serentak jika dibandingkan dengan sistem konvensional. Apabila banyak projek dilakukan secara serentak secara tidak langsung akan menuntut pengunaan tenaga kerja yang professional yang dijangka akan dilahirkan dari tenanga kerja Malaysia sendiri. Ini sekali gus dapat mengurangkan kemasukan pekerja asing ke Malaysia di sector pembinaan.
Disamping itu juga,penyelidikan,inovasi dan smart thinking akan dapat diterapkan di rakyat Malaysia khususnya. Ketika itu akan wujudnya klien yang berinovasi dengan meletakan keselesaan dan keselamatan sebagai keutamaan, pengeluar komponen IBS yang mematuhi piawaian yang ditetapkan,jurutera dan arkitek yang competent serta tradisi baru yang ditiupkan kepada penguna dijangka sector pembinaan berupaya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.


Media


Tiada penerapan dari pihak media kepada penguna. Sepatutnya pihak CIDB mengambil inisiatif untuk menyedarkan masyarakat atau penguna berkenaan dengan perbezaan diantara kedua-dua sistem ini. Media sepatutnya dijadikan titik permulaan kepada kejayaan IBS. Dengan langkah ini, masyarakat akan mula bertanyakan tentang IBS, sekaligus CIDB bakal melahirkan pengeluar, klien jurutera,arkitek dan kontraktor yang mula untuk mengaplikasikan IBS. Di ketika ini barulah para-para belia akan sedar dan akan merebut ilmu yang baru.


Jaringan Rangkaian


Kurangnya perhubungan jambatan CIDB bersama dengan Association of Engineer Malaysian ACEM, board of engineer, dan badan-badan yang menjadi pondasi kepada bidang pembinaan. Disamping itu juga hubungan diantara dunia pembinaan berkenaan dengan CIDB tidak berjaya menarik perhatian pusat-pusat intelektual sepenuhnya. Kerana dipusat intelektual ini lah yang akan menyelesaikan sebarang permasalahan berhubung dengan IBS. Dengan kurangnya hubungan ini, maka IBS seolah-olah masih belum diyakini berupaya untuk menandingi sistem konvesional. Oleh itu pelan-pelan CIDB haruslah dikaji semula dengan mengambil kira pandangan dari kontraktor, warga university dan juga klien.



Secara keseluruhan, teringin aku nak tgk IBS nih berkembang di Malaysia. Marilah kita sama-sama menambahkan ilmu berkenaan dengan IBS. Bukan ape, cuba bayangkan lepas ni, kalu nak buat rumah, kejap je…2-3 minggu siap. Pergi kedai kat depan umah beli tiang, pergi sentol beli dinding pastu roger kengkawan mintak tolong pasangkan. Pekerja buruh pon mesti kurang. Secara x langsung yang manpower yang buat keje nih pasti akan makin putih sebab keje kat dalam kilang. Ada aircond. Mat-mat rempit pon mesti berminat nak keje..btol x??tapi ape2 pon kalu nak menjadilah plan nih, CIDB kena ajar sume org untuk pegang satu pesanan dari En Zaki “hidup berpegang pada prinsip bukan duit semata”(kredit 2 gembo sebab war2kan)..wassalam..

Pic source- slide CIDB

2 comments:

nadiah said...

..saya perlukan maklumat nie~...!!!! en zai tlg emailakn ley..???
nana_manan@yahoo.com
tQ..=)

Unknown said...

Jika betul cara IBS ni elok, apa nanti lagi, buat je lah rumah banyak, ramai org menunggu, nak rumah sendiri, saya pun nak. Tlg beritau dimana kos rmh tersebut.

Post a Comment