RSS Feed
This is a mood message, you can edit this message by editing file message.php, or you can also add here some advertisement.

Sunday, June 7, 2009

Takut?


Sifat takut, adalah salah satu daripada cabang naluri atau fitrah manusia. Allah Subhanahu wa Ta’aala mencampakkan rasa takut ke dalam diri manusia, salah satu tujuannya adalah untuk menjadi alat yang menyelamatkan manusia daripada kemudaratan.

Takut kepada panas, menyelamatkan manusia daripada tercedera memegang api.

Takut kepada penyakit dan kesakitan, menjadikan manusia berusaha lebih untuk menjaga kesihatan.

Takut kepada rompakan dan kehilangan, manusia akan meningkatkan kawalan/pengawasan di kediaman masing-masing.

Semua perasaan takut itu adalah untuk membantu manusia menjaga kualiti hidupnya kerana untuk selamat, manusia perlu bertindak lebih pantas daripada proses berfikir. Takut menghasilkan tindakan spontan yang diperlukan.

Begitu jugalah dengan sifat-sifat kontras yang lain di dalam diri manusia. Sifat marah, cemburu, dendam, letih dan mengantuk, biar pun lazimnya dianggap negatif, hakikatnya ia mempunyai peranan yang tersendiri dalam menghasilkan manfaat dan mencegah mudarat dalam kehidupan manusia.

7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

8. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -

9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

10. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

[Al-Syams 91: 7-10]

Sifat takut ini boleh berubah daripada baik kepada buruk, apabila ia tidak diletakkan kena pada tempatnya. Apabila perasaan takut itu melebihi keperluannya, maka manusia yang selamat kerana memanfaatkan rasa takut yang betul, berubah menjadi manusia yang penakut hingga merosakkan diri.

Biawak mungkin disangkanya buaya.

Cacing mungkin disangkanya ular.

Perkara kecil menjadi besar… tatkala takut hilang batasan dan menguasai diri melebihi keperluan.

Justeru Allah Subhanahu wa Taala mengingatkan orang-orang yang beriman, agar belajar menguruskan ketakutan. Mereka juga diberi peringatan supaya menyiapkan diri, bahawa ada keadaannya, orang-orang yang beriman ini akan diuji oleh Allah Subhanahu wa Taala dengan beberapa cabaran kehidupan termasuk ujian berupa ketakutan.

Firman Allah Subhanahu wa Taala di dalam al-Quran:

“Dan pastinya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, jiwa dan hasil buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” [Al-Baqarah 2: 155]

Di dalam ayat ini, Allah Azza wa Jalla menerangkan kepada kaum yang beriman bahawa keimanan mereka kepada Allah harus meningkat dari satu tahap ke satu tahap, dan peningkatan itu berlaku melalui kejayaan mereka menangani dan menguruskan beberapa ujian kehidupan. Antara yang disebut di dalam ayat itu:

1. Ketakutan

2. Kelaparan

3. Kekurangan harta

4. Ancaman nyawa

5. Kehilangan sumber tanaman atau sumber pendapatan

Inilah bentuk ujian yang akan melazimi kehidupan orang-orang yang beriman. Kesemuanya datang dengan maksud yang jelas, iaitu sebagai desakan daripada Allah untuk menzahirkan siapakah di kalangan kita yang akan bertindak secara yang terbaik di dalam hidup ini, tatkala berdepan dengan ujian-ujian berkenaan.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

"Dialah yang telah menjadikan kematian dan kehidupan kamu sebagai ujian untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)". [al-Mulk : 2]

Antara ujian yang tersenarai tersebut, Allah Subhanahu wa Taala meletakkan ujian ketakutan sebagai ujian pertama, kerana ketakutan itu boleh bersarang dan menguji manusia sebelum ujian yang sebenarnya terjadi. Seorang yang mahu mengamalkan Islam, mungkin membayangkan kesusahan hidupnya apabila pilihannya tidak disenangi rakan, susah untuk naik pangkat, susah nak dapat tender, dan pelbagai lagi kerisauan dan ketakutan yang muncul di dalam diri, sebelum ia sebenar-benarnya berlaku. Bahkan mungkin ia tidak akan berlaku.

Justeru, seorang mukmin diperingatkan oleh Allah supaya membina kekuatan dan keberanian sebagai sebahagian daripada pembinaan iman.

Allah memujuk orang-orang yang beriman agar membuang rasa takut itu dengan beberapa cara. misalnya dengan menggambarkan bahawa ketakutan dunia hanyalah secebis dari ketakutan sebenar!!!Maka sesungguhnya sebesar mana sekali pun ujian yang mendatang, ia hanya secebis dan sedikit daripada ketakutan yang sebenar.

Masakan tidak.

Jika kita takut dengan cakap-cakap orang apabila kita memilih untuk menutup aurat, sebesar manakah ketakutan itu jika dibandingkan dengan ketakutan Akhirat tatkala kealpaan kita daripada mematuhi Allah bakal menerima akibatnya yang Maha Dahsyat. Jika kita takut kepada sedikit kehilangan harta benda semata-mata kerana menolak rezeki yang haram, apalah sangat ketakutan itu berbanding ketakutan ancaman Allah untuk membakar setiap inci daging tubuh yang tumbuh dari sumber yang haram?

Sesungguhnya ketakutan di dunia, hanya ketakutan yang sedikit.

Maka janganlah sekali-kali perasaan takut menyebabkan kita hilang keupayaan dan kekuatan untuk mentaati Allah di akhir zaman yang penuh fitnah, mehnah dan tribulasi ini. Ia hanya mengundang kehinaan diri, apatah lagi jika ketakutan itu ditambah lagi pula dengan rasa cinta yang mendalam kepada dunia dan kehidupan.

Di dalam sepotong hadith yang panjang, berlaku ketika sahabat bersama Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya,”apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w menjawab, “bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab,” CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI” [Riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani]

Sesungguhnya jangan kita hairan terhadap nasib umat Islam yang ditekan dan dihina pada hari ini. Allah mencabut rasa gerun dari jiwa musuh terhadap kita, disebabkan oleh penyakit hina yang membelenggu diri. Itulah penyakit WAHAN.

Cintakan dunia, dan membenci kematian.

Lupakah kita kepada seruan tentera Saad bin Abi Waqqas semasa masuk ke daerah tanah besar China?

“Kami adalah kaum yang mencintai kematian seperti kamu cintakan kehidupan”

Kata-kata itu bukan ancaman bunuh, tetapi suatu penegasan terhadap prinsip dan keseriusan umat Islam terhadap visi dan misi hidupnya. Kata-kata itulah yang menjadikan Islam, diterima dan berkembang luas di China, lama sebelum Islam menjengah Kepulauan Melayu, suatu ketika dahulu.

Buangkanlah rasa takut yang membelenggu kita daripada berperanan dalam kehidupan.


TIDAK TAKUT

Hari ini, kita berdepan dengan suatu fenomena yang luar biasa.

Ketika orang yang baik-baik semakin takut-takut untuk mempertahankan prinsip dan keimanannya kepada Allah, manusia yang lupakan Allah pula semakin hilang rasa takut dalam kehidupan.

Manusia menjadi terlalu berani, hingga mereka sanggup melakukan kerja-kerja yang merbahaya, tanpa sebarang manfaat atau sebab yang layak untuk berkorban hingga mati.

Anak-anak semakin liar dan berani, hingga tiada sekelumit rasa takut di jiwa mereka kepada ibu bapa dan guru. Golongan yang digelar sebagai Mat Rempit/samseng jalanraya tidak takut dengan ancaman kematian, atau kecacatan diri yang serius andai mereka terlibat di dalam kemalangan jalan raya, malah ada sesetengah program yang secara sengaja, mencabar ketakutan manusia untuk fitrah itu dilumpuh, dibunuh atau dimatikan sepenuhnya seperti Fear Factor.

Apabila anak-anak tidak takut kepada ibu bapa dan guru, apabila Mat Rempit menganggap hukuman undang-undang, pecah kepala berderai otak, dan lumpuh separuh badan hingga menjadi beban kepada ibu bapa yang sudah puas membasuh berak kencingnya semasa kecil, semua itu sekadar gurauan dan permainan, seluruh masyarakat menanggung sakitnya.

Seluruh anggota masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, fahaman politik dan taraf pendidikan, kesemuanya menanggung kesusahan dan ancaman, dek hilangnya rasa takut daripada naluri manusia seperti ini.

Lebih membimbangkan, terhapusnya rasa takut itu bukan sahaja berlaku di kalangan anak-anak remaja kita dan kelompok samseng jalanraya, namun musibah terbesarnya ialah apabila perasaan takut itu tercabut dari jiwa para penjenayah!

Biar pun hukuman gantung diperkenalkan sebagai hukuman mandatori ke atas kesalahan pengedaran dadah, jenayah itu tidak pernah merosot. Pelbagai undang-undang diperkenalkan untuk mengekang jenayah dan mengugut pelakunya, tiada sebarang peraturan dan undang-undang yang diperkenalkan itu, mampu menimbulkan rasa takut dan gerun di jiwa penjenayah dan masyarakat keseluruhannya.

Lihat sahaja di negara seperti Amerika Syarikat, hukuman penjara yang diperkenalkan, ada di antaranya yang tidak masuk akal. Hukuman penjara mencecah 500 tahun dikenakan ke atas James Downs, seorang bekas pekerja gereja New Destiny Christian di Laveen atas 28 kesalahan jenayah seks di luar tabii dengan kanak-kanak di bawah umur.

Apakah hukuman sedemikian rupa berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara itu? Jauh sekali.

Malah di sesetengah negeri di Amerika Syarikat, ada hukuman bunuh yang sangat kejam diperkenalkan. Hukuman mati di kerusi elektrik, mungkin merupakan salah satu bentuk hukuman mati yang paling mengerikan malah menyeksa penjenayah pada kadar yang tidak mampu dibayangkan oleh akal manusia. Hukuman itu diperkenalkan di Amerika Syarikat seawal tahun 1890 malah turut pernah digunakan di Filipina. Namun hukuman yang amat kejam ini, tidak sama sekali menyumbang kepada merosotnya kadar jenayah di kedua-dua negara berkenaan.

Apabila penjenayah sudah tiada rasa takut, ia menjadi bencana yang menimpa seluruh anggota masyarakat. Tidur malam tidak lena, berjalan siang resah menyerang, setiap detik dan saat adalah peluang untuk jenayah berlaku dan kita mungkin mangsa yang berikutnya.

Sesungguhnya,

Hanya ada satu sahaja undang-undang yang memilik unsur ketakutan yang tidak ada pada hukuman sekejam kerusi elektrik atau penjara 500 tahun. Undang-undang ini tidak kejam tetapi ia amat mengkucar kacirkan fikiran manusia. Belum lagi ia dilaksanakan, penyataan untuk melaksanakannya sudah cukup menimbulkan pelbagai huru hara dalam kehidupan manusia.

Orang tidur bangkit terjaga.

Orang berjaga mengigau di siang masa.

Orang cerdik menjadi bodoh.

Orang bodoh turut tergopoh-gopoh.

Itulah hukuman Allah!!!. Hukuman yang ditentukan oleh Allah, Tuhan yang memiliki dan menguasai hati manusia. Tuhan yang membuka hati kepada rasa takut, dan Tuhan yang menutup hati hingga tercabut kegerunan dan ketakutan. Hukuman itu adalah resepi tunggal, untuk manusia bisa ditundukkan kembali kepada undang-undang dan kehidupan berperaturan.

Hukum Allah, tatkala ia dibawa ke meja perbincangan, sudah cukup untuk menimbulkan rasa bimbang, rungsing dan takut yang membingungkan. Kenyataan-kenyataan seperti makan sup tangan, atau jalan tidak berturap kerana batu habis terpakai untuk merejam penzina dan macam-macam lagi kenyataan lucu yang menyakitkan iman pada yang mendengarnya.

Chaotic atau kehuru-haraan itu bukanlah terjadi secara kebetulan. Ia berbalik kepada unsur-unsur khusus yang terdapat di dalam falsafah undang-undang Qisas, Hudud dan Takzir itu.

Misalnya Allah Subhanahu wa Ta’aala berfirman:


"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegahan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". [al-Maaidah 5: 38]

Takut itu adalah perasaan hati.

dan Hati itu milik Allah!!.

Allah jua yang mencampakkan rasa gerun di hati manusia yang dikehendaki-Nya. Dan kehendak Allah itu hanya dapat diraih apabila formula dan acuan (sibghah) Allah diguna pakai. Sesungguhnya unsur nakaalan minaLlaah itulah yang tidak wujud dalam hukum hakam yang lain. Biar sekejam kerusi elektrik, biar sejelek gantung sampai mati, biar se ngeri tembak di khalayak ramai, ia tidak mampu menghasilkan nilai cegahan kerana cegahan itu adalah urusan Allah.

Cegahan inilah yang bisa mencegah manusia dari menjamah jenayah. Ketakutan yang dicampakkan Allah ke dalam hati manusia, bertujuan untuk mencegah dirinya, dan manusia lain daripada kerosakan yang membinasakan.

Ia bukan sekadar ketakutan yang mencegah pencuri telur ayam, tetapi juga para bangsawan yang seleranya sebesar perbendaharaan negara. Rasa gerun untuk mengekang manusia berpangkat tinggi dari bermaharajalela menyelewengkan harta rakyat.

Cegahan inilah yang bisa menghentikan kegiatan menjual beli undang-undang. Sebuah negara di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, tidak pernah musnah kerana miskin harta dan pembangunan. Tetapi keseluruhan hidup manusia menyaksikan negara segagah empayar Rom dan Parsi, Utara dan Selatan, Timur dan Barat musnah apabila manusia tidak lagi mampu dicegah dari kejahatan. Apatah lagi kezaliman bangsawan dipejamkan mata dan kesalahan si miskin diheret sepuas-puasnya.


“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya umat sebelum kamu binasa kerana tatkala si bangsawan mencuri, mereka membiarkannya. Sedangkan apabila si lemah mencuri, mereka mengenakan hukuman hudud ke atas. Demi Allah, kalaulah Fatimah binti Muhammad itu mencuri, nescaya akan kupotong tangannya” [Hadith Muttafaq 'alayh]

Inilah pakej berupa ancaman dari Allah dan Rasul buat sekalian pencuri dan penjenayah, baik dia itu rakyat biasa yang mencuri basikal di rumah jiran, mahu pun bangsawan yang merompak perbendaharaan negara untuk kepentingan hawa nafsu mereka.

Apa sahaja ancaman lain, tidak bisa menimbulkan rasa gerun dan takut di hati penjenayah. Walaupun manusia sudah begitu moden, ketakutan mereka masih ortodoks… menggeruni apa yang digeruni oleh manusia zaman berzaman.

Hanya hukuman Allah yang mampu menggerunkan HATI… tempat jatuh pandangan Allah.



"adaptasi dari khutbah jumaat di de palma hotel!!"

Tuesday, June 2, 2009

Value Vs Money Part 2 (Cheapest Demolishing! )

Semoga ALLAH merahmati kematian 7 org TKI yang bekerja untuk mencari sesuap nasi di malaysia tetapi akhirnya Meninggal kelalaian.

Berapa kah nilai nyawa? sape buleh jawap??

TIDAK TERNILAI!!!...jawapan TERBAIK!!!

yang boleh menjawap segala pertikaian...


Bermula dengan....meletakkan 9 excavator dibahgian atas bangunan berusia 30 tahun....3 biji tingkat 9 dan 6 biji kat tingkat 4..

kemudian hack the concrete..sampai pecah...then tarik tetulang..

BOOM!!! cheapest demolishing complete....

mudahkan???



lupakan non vibration method..

lupakan planning for demolishing


lupakan local autorities
lupakan kehidupan pekerja TKI ank bini mereka dan Nyawa mereka..

lupakan NILAI dan Dambakan DUIT
apabila masa makin dekat...

kerja belom selesai???mudah!!!carilah cara yang mudah!!


lupakan undang2...peraturan ciptaan manusia adalah untuk di langgar!!
hapuskan lah NILAI

kejarlaH DUIT
bergantunglah pada DUIT!!!


ABAIKAN AKIBAT...ANGGAP IA HAKIKAT!!!



maaf...aku secara total menolak pahaman seperti ini!!!

tiada mahu aku menceritakan tentang spekulasi2 engineer berkenaan dengan kes nih...

tiada mahu aku menyalahkah sesiapa...

semua punya processor yang Sang Pencipta bekalkan untuk melihat dan memproses dan memikirkan!!!mana yang Hak dan mana yang Batil

semua punya AKAL!!!semua punya HATI!!! dan semua Punya nafsu dan keinginan

aku tetap dengan pendirian ku....lihat sesuatu bukan MATERIAL/DUIT visual pertama yang muncul...

TeTAPI...

Pandanglah semua dengan meletakkan NILAI pada setiap Visual

lihat lah sesuatu dengan mata hati...

to be continue.....

Monday, June 1, 2009

menjawap TAG!

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?

Ruh+Jasad, family & friends.

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?

Roti kosong kuah kambing amid.

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?

ikut napsu aku nk kawen kat atas langit...if only got technology lah nak bawak about 2000 invitation kan kat atas 2...tapi itu khayalan...kat umah suda!!

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?

restoran amid

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?

Mengenal Diri

8. Apakah nama penuh kamu? EJA TERBALIK

Zaihafiz. bila Terbalik dia jadi Zifahiaz....cam best je bagi name anak kan!!!

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau mak?

Mama+Babah

10. Namakan seseorang yang ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertama kalinya??

My role model. Muhammad S.A.W.

Nothing impossible...kan?

11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?

-jojo

-apis

- Lina

-Lin

-Mast

-Amat

-pejo

-lufti

- KKDK 0708,0809

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?

Mustilah ye. kalu adik aku g latihan polis ke...g berkelah ke..kalu x bagi kat dia je..upah dua hengget!!

tapi kalu dia xda..jawapan nye sendri gak!!

13. Tempat yang paling seronok yang kamu mahu pergi?

Mekah,7 tempat ajaib di dunia

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..

-Pompuan yang bergenetik lelaki

-Suwit!

-Kerek

-Chokobi Bersastera

-congkak!

15. 8 perkara yang amat saya gilai?

-Memerhatikan

-Talking

-Laughing

-music

-building technology

-Motivation quotes

-art of persuasion

-engineering

16. Pelukan atau ciuman?

Ciuman

17. 8 perkataan yang sering diucapkan? (kalau marah kat sapa2 ahh)

- bukan cukop!

-sengal

-kaliamak

-H1N1

-pundek

-fcuk!

***aku cube sehabis baik...tapi aku lupa..sesape yang pernah dgr makian yang lain sila bagitahu eaaa..aku nih pelupa sket***

18. 8 buah buku yang paling baru dibaca

-how 2 win friend and influence people

-sifat 20

- Mengenal Diri

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali??

- disamping mu

-no promises

-adagio

-jalinan

-Deeper Conversation (Yuna)

-1 2 3 4 (Plain White T’s)

20. Mari men’TAG’ 8 orang lain…

-Mast

-Mimi

-Mirad

-azie tom

-nana

-ina

-sesiapa yang membaca..ramai sangat wehh!