RSS Feed
This is a mood message, you can edit this message by editing file message.php, or you can also add here some advertisement.

Thursday, December 17, 2009

Face it! Its Reality

Warning!!...do not be to straight!!used your imagination to and your heart to extract this message!

I went to one lake where it was so damn beautiful..I wanted to see the places where people can walked on the water.And, after 12 hours, I got off the bus and..there was an old fisherman standing there, and I said, "Is this where you can see people walked on the water?"
He said, "Yeah. that man was a fisherman. "

"do you smoke hashish??he asked!

and I smoked.Yeah. My bladder was full, so I went to make behind a bush,and when I got out, I saw the old... fisherman...standing on the water. Standing on the Goddamn water.!!

And, I thought,

"Wow.This is good hash. "

So...He was standing on the edge of the lake.He walked over to me and he said,"Come walk with me," and I said,"I don't walk on the water. " And he said, "Look. Put your foot right here. "
And I dipped my toe in the water and it felt solid and I..I thought, "What?" And he said, "It's rock right under the surface of the water, but it's so dark you can't see it. "
And these rocks extend...60 feet out into the lake. All the fisherman go out there to catch the fish, because that's where the best fish are. They've been doing it for centuries.

So, we walked out to the middle of the lake, and he said, "You see? Around here...
everybody walks on water. "

-the end-

p/s please read again by changing words below....then read it again!!:

Fisherman--->Devil,Syaitan,Iblis
Hashish--->Godaan Syaitan,cadangan Syaitan, Bisikan Syaitan
Water--->Kehidupan di Dunia
Lake--->Dunia!
Fish---->Duit,kuasa,sex, or nikmat dunia!!

Friday, December 11, 2009

kitar semula!!

kecik2 dulu sape suke men bawah gelung?? angkat tangan sekang..

dulu time kecik2 mak aku cakap..."jgn pegi bawah gelung banyak ular"aku suke sebab leh men sorok2..bleh men ciku chak ngan kazen aku..hehehehe...

dolu2 time kecik2 panggil gelung...skang dah ada ilmu sket rupa2nya ini adalah paip!

rase2 kalu jadikan paip tempat tinggal posible x??

sure!

Das Park Hotel in Austria!!

kepada sesiapa yang ada paip lebih nk buang sayang..jadikan lah ia hotel!!

Features:

- ada personal lock...dapat time kite book bilik nih..
- mini bar, toilet dan kemudahan lain ada kat sekitar paip ajaib ini!
- mengunakan sistem "bayar ikut suke" tiada tetapan harga disini...nak bg bape bagi...sebab ini baru in trial process kot!!



*bahagia je dorang ni kat dalam nih kan*



*x sesuai untuk keluarga besar...*


*inovasi!!*

tapi hotel nih cuma ada time musim sejuk arr..kat mesia kalu nak implement kena design len la paip nih...tapi aku terpikir..apa salahnya kan..kalu dia ada kat tempat2 yang payah nak cari hotel...kan2!

Monday, December 7, 2009

Apprisiasi makna cuti di hujung minggu!

Weekend yang memenatkan...huh!!!

Sabtu
bermula dengan...Instict

bau satu kehadiran...
macam ada yang x kena...
ahhh!!apalagi!

*serkap*
x dapat sebab terlampau jarang kot...next time aku kecikan serkap ku!!!
hampir terkono dah...

*redha*--->*PC fair* bedooh-mu nih!!

"CheT!!!"

okay2..aku kasi can arr..dah terkena nak wat camno!!sabo yo laaa xai..

perasaan ketika terkena!!


*Senang...Gembira...Terbang..Indah..Kenyang..Lega..Bersyukur*
lalalalalalala...

terima kasih untuk kamuberdua!!

~~~perasaan ini muncul TERHARU!...riang hati aku SUMPAH! Terimakasih Sayang!

KEMUDIAN...

sesat....(mirad yang sengal!!)makan...gelak..makan..gelak..makan...hembus..
weehhh..aku dapat hadiahh..pewitt!!!suke2..yey!

pastu bergerak....

~~~~jalan2...kaki kusehat...lalalalaa...bersama~~~~yuhuuuuuu!!

Masjed jamek...medan mara...gambar rujuk referensi!!

Magrib berlalu...perut semakin memberontAk..diam arr..jgn bagi aku malu depan Dia!!!
Dagang avanue!!makan....ayuh jojo!

*yum..yum...huhuhuhuuii...*sedap dan kenyang.....wahhhhh~~

"phus...phus...phus..huh!!!lega...jojo mencetuskan propaganda dengan kesah "kesah rokok separuh!

ya!!! tepat sekali!!jojo macam hayam!!!

Sabtu pagi yang gelap....kisah tragedi berlaku..
bahu aku merajuk..kaki enggan menurut kata...peluh dah macam hujan...
tapi sehat!!!sebab aku kan sedang bersenam...

*fakta Gila*= men badminton 6 org 3 jam hilang akal ke??...sumpah jeran!!!
5 amatur + 1 pro...mampus rosak system peranakan beb!!(fikiran sila berseh disini!!)

AHAD
5 menet jumpe...cukop untuk bekalan dalam jangka masa yang tidak di ketahui..
sabar+yakin+Syukur....selamat Jalan Juliet!! kenang daku dalam doamu!!! kesah saya merindui kamu bermula!!!

pulang..

*pesbok...kroihh...kroihh..*

*Tanggungjawap ditunaikan*

*menelaah sebelum buku menelan ku..

ches!!!!kroihh...kroihh..*

8.30pm

ke sepot plenet!!!!
melayankan kengkawan perawan...bermen putsal!!!ayuh!!!!

*00:10:10 : riang ria bersama kanak2 dan rakan tawlan masuk ke padang buatan!!

*00:20:10 : kesian ahli sihir mast!! seperti didalam perang ketika perlawananan mengharap bola...bola x boleh harap..sabar yeee mast..

xpa...untuk suka2 kan....mast bertukar wajah...muka kelat...hati ditembak..mati diluar padang...ditemani jojo..merasakan yang sama!!

pot..pet..pot..pet..begitu..begini..begitu..begini..

rancak lawan mulut diluar..sama dengan perang didalam..

*00:30:00 : perang makin ganas...seperti perlawanan RM7 ribu untuk si pemenang..aku tenang...mast n jojo kusut masai..zai,syerin,...kelihatan pasrah..nozie..tugu perkasa..(sila bayang kan perlawanan friendly sholin soccer)

*00:50:22 : keganasan terus berjalan...Lina sungguh gagah aku lihat bodycontact dengan lufti...tenang~~~di rembat Mok..di tepis~~ selamber je..

baris ini dedikasi khas untuk lina...---->"LINA HEBAT!!"

*01:00:00: TAMAT TETETt!!!!

lapar2..makan2....phus!!!..pHUs!!..memom!!!--->>Alhamdulillah






gelak2..tawa2...mamak kedai geleng kepala...dah macam share kedai itu disertai bersama bapak KAMI!!
baru 11 org masuk kedai...bising seperti di litar sepang....weng sana...weng sini

dah memang weng nak wat camne...sabar je incik mamak!!!!

Dengan

Nozie melatahnya--->Utie S.T mengacaunya--->S.B Hapis mengelaknya--->S.H Jojo pemuncanya!!--->Mast menyampuknya..S.G Aku meyangkalNya--->S.K.A Lina bergambar kembar ketika kecilNya--->S.K.K Lin me-rifill susu!!!

nilah kami the Pandan Gagaks Itam..

KAMI = lama x jumpe..rindu bersama..berkongsi bersama...

sekali lagi INDAH itu hadir di sini..
didalam satu organ yang dipanggil Qalbu..

aku bersyukur..

perasaan ini hadir.....di semua hati kami...

semoga weekend yang memenatkan nih hadir di setiap hari...

AKU SANGGUP!!

referensi-->sini,sini juga

Thursday, December 3, 2009

teknologi oh teknologi

Semua orang dah tentu nak menyelamatkan DUNIA dari balabencana kan...semua polisi digubal untuk memastikan semua org dapat bekerjasama dalam menghadapi bencana yang sedang mendatang..

bencana apa??yaaa!!!!masalah climate kita yang semakin meruncing..

bulan december ni akan berlaku satu persidangan Copenghegen yang di sertai oleh negara2 G8 yang akan membincangkan satu isu yang kononnya pasti menyelamatkan dunia dari GHG(Green house Gas) atau pembebasan gas carbon secara sesuka hati!!!

advance country telah mencipta satu inovasi yang akan menyelamatkan dunia...

yang dipanggil CDM

Clean Developing Mechanism

CDM adalah satu mekanisma di bawah kyoto-protokol yang di bawah pengawasan/penyeliaan UNFCC (United Nation Framework Convention on Climate change)

dengan kata lain...advance country skang nih sedang mencipta segala bahan yang buleh menyelamatkan dunia dari pembebasan gas CO2 secara berleluasa dari kereta hingga ke penciptaan LCD/LED...banyak sebenarnya yang di buat di dunia ni yang pasti akan melibatkan pembebasan gas CO2!! macam murni je kan niat dorang...




Trigger!!!

Ape yang membuatkan aku terpikir...dengan terlaksananya polisi ini...advance country akan terus kaya...develop country akan terus mendevelop dan negara miskin akan terus miskin..dan akhirnya terjadilah yang dinamakan penjajahan teknologi

Penjajahan

Penjajahan berlaku dengan pelbagai bentuk...

-penjajahan fizikal dilakukan dengan kaedah perang(analogi--->tebaboom!!)

-penjajahan minda dilakukan melalui media(analogi--->sexynya...fewit..smart ahh and stylo siot!!)

Bila fizikal dan minda telah berjaya dijajah!! maka jiwa juga telah berjaya dijajah!!! aku panggil mende nih sebagai PEJAJAHAN PAKEJ!

PENJAJAHAN PAKEJ!

Pakej laaa...tahu sebab apa??jiwa manusia merupakan sesuatu yang x ternilai...jiwa itulah yang dipanggil roh yang kita harus ketahui...bila ini pon di jajah! kita di jadikan sebagai robot yang menurut perintah sahaja...hangguk2 geleng2 style!!!

Sambung balik pada CDM tadi...memang murnikan niat dorang baguskan..tapi satu yang membuatkan aku terpikir ...ini salah satu cara untuk mereka kekal berkuasa...(mereka disini merujuk kepada advance country)

APSAL??

Tahu x bila mula peindustrian ni??

sejak tahun 1800 taw!

cuba bayangkan secara kasar je aku amik 150 tahun la..lebih kurang jadi 1950

tahun 1950 advance country ni dah mula bertukang menghasilkan teknologi...dan bayangkan sapekah yang merosakan bumi??sape yang mula menghasilkan CO2 tanpa had???selama 150thn??lu pikirla sendri..!!

dan sekarang mereka mampu untuk mencipta sesuatu yang mengurangkan emisi co2 dan kemudian jual kepada seluruh dunia..seluruh dunia menggunakan teknologi mereka dan mengagungkan mereka diatas kebijakan dan kehebatan mereka mencipta..yang mana polisi ini akan terus membiarkan mereka terus berkuasa dan memberi mereka tiket untuk menindas yang laen2 dan keadaan x sedar..dalam keadaan dorang di anggap seperti HERO...gempak kan!!!

untuk keterangan lanjut rajin2 lah mengoogle...

gerakan akal...berfikir!! salam assalamualaikum

Saturday, October 24, 2009

Doktor hati


Dulu.
Saya sakit.
Hati saya tak baik.
Rasa sakit sangat.
Macam-macam cara saya ubat hati ni.
Buat itu, buat ini.
Tapi tak baik jugak.

Sakit hati saya ni tak ada ubat.
Penat saya cari.
Tapi tak jumpa.
Pergi terapi, pergi klinik.
Sekejap aje dia baik.
Lepas tu parah balik.
Saya rasa macam dah putus asa.
Saya ambil keputusan untuk biarkan.
Saya dah penat.
Penat nak cari ubat lagi.
Kalaulah hati saya ni dapat ditukar, petik jari je dah baik.
Tapi saya tahu mustahil.
Sebab hati saya selalu sakit-sakit.
Tak sempat nak baik sakit yang lepas, datang sakit lain.
Hati saya macam sakit parah.

Saya jumpa doktor.
Saya nangis-nangis.
Saya tak tahu nak buat apa lagi.
Tapi takdelah sampai rasa nak mati.
Cuma rasa kecewa dengan hati saya ni.
Selalu tak bernasib baik.
Doktor nasihatkan saya.
Macam-macam.
Itu ini begitu begini.
Doktor bagi saya terapi.
Nak kata lama tak lama jugak la.
Tapi hati saya semakin pulih!
Saya suka.
Saya gembira.
Hati saya makin baik.
Dah tak sakit macam dulu.
Kiranya hati saya boleh pakai lagi.
Belum mati.
Boleh berfungsi macam biasa.
Saya rasa bersyukur sangat.


Sekarang.
Takde apa yang saya rasa.
Melainkan saya gembira hati saya sihat kembali.
Saya sayang hati saya.
Saya tanak hati saya mati.
Jadi, saya perlukan ubat sentiasa untuk hati saya.
Supaya tak sakit lagi..


Errr....doktor, awak boleh tolong saya sampai bila-bila kan???


sayayangdahtakberpenyakithati;
XXXXXXXXX

Hmphhhh........senyum ketelinga

Tuesday, September 29, 2009

Salam aidilfitri


Alhamdulillah…setelah sebulan mencabar diri menundukkan nafsu..mengambil peluang dengan syaitan yang di ikat akhirnya tiba aidilfitri..untuk kali ini..aku rasakan keindahan aidilfitri yang tak pernah aku rasakan sebelum ini…

satu bentuk ketenangan dan keriangan dalam serba sederhana…

di kesempatan itu timbul satu ruang persepsi yang sangt indah di mana ruang “trigger” telah meyelinap masuk kedalam setiap saraf akal ku dan merangsang aku untuk berfikir…

mengapa takbir raya ini dikaitkan dengan kesedihan?? Mengapa siaran tv semuanya bertemakan hiburan yang begitu hebat dilambak kan di setiap corong-corong media? Bukan kah aidilfitri merupakan satu sambutan kemenangan…kepuasan

Kemenangan dan kepuasan atas daya usaha yang berjaya mehambakan diri pada sang pencipta…kemenangan menahan diri dari melakukan sesuatu yang kita mampu

Contoh situasi

Mampu untuk dengan segala kueh yang ada di bazaar ramadhan tapi Cuma berbuka dengan ns ayam sahaja

indah kan bile selesai makan nasi ayam 2…sambil meresai nikmat MAKAN itu..

bukan itu yang aku nak bebelkan…di Aidilfitri ini…perkara yang aku paling suka adalah perkara jejak kasih yang mula di implimentasi oleh bapa ku yang hebat..

mencari susur galur rantaian silaturahim…

untuk apa? Mengenal asal usul..tanam jati diri..

TRIGGER!

Di Awal sYawal..di akhbar2 terpangpang cerita yang menaikkan semangat utk mengePANG org

-drive bas men”dadah”kan utk mengejar trip…kesan??malas nak cite

-pembawakan masyarakat mesia bawak kete…semua nak cepat..semua macam hebat

Bila BANG!...NGANG lah untuk mu..

Dalam kemerdekaan SYAWAL yang dirasai dengan penuh nikmat lambakan makanan

Haruman Duet Raya…

Ada yang x dapat cuti raya..beraya di tempat2 kerja..

Xpe xdapat cuti! Sebab ada yang menyambul syawal ditengah-tengah runtuhan rumahnya..debu2..di hospital…ada juga dalam keadaan perang..

Bila ditiada nikmat pasti kita memikirkan keindahan nikmat..bila ada kita lupa..LOSER!

Kemerdekaan diri dari nafsu dan setan menguatkan jati diri…sedar diri…

Alhamdulillah dapat menyambut syawal ini dengan penuh erti!!

Salam aidilfitri!

Tuesday, September 15, 2009

Kebusanan..idea kering





Aku busan...surfing-suffing...melilaw mata tengkuk penat...technology biomass dan abes aku digest, buleh da cukop modal untuk meeting...


tetiba plak aku teruja tgk skate park yang memberikan seribu mcam2 persepsi lepas aku tgk skate park camni!!

Satu transfomer satu lagi alien invasion...cam stylo je skate park dia

babai...

Thursday, September 10, 2009

Gempa bumi?

Dulu waktu waktu nak buat PSM, aku ada 2 tajuk yang aku cuba bawa ketengah tapi x berjaya

1st tajuk
A study of the pholtavonic


tajuk aku ini tujuan untuk aku kaji bahan yang di buat untuk menghasilkan tenaga solar yang didalam nya ada bahan pholtavonic yang mahal!!...so aku cube untuk design 1 pholtavonic yang murah...lantas aku jumpe dngan Dr lokman..beliau pon berkata

"Gud idea tapi masa dan kos tidak relevent"


2nd Tajuk
A study of seismic load..


Dalam tajuk ni pula, aku bincang ngan Puan Zai(peyelia PSM)untuk design 1 system yang boleh menyelamatkan orng dalam bangunan dengan mengalihkan seismic / dynamic load yang terhasil bila getaran...alat yang diperlukan adalah alat pengukur dynamic load..malangnya..usaha aku x terhasil disebab kan oleh ketiadaan alat...aku g usya kat makmal mekanikal...hancus hati ku sebab alat dia x sesensetip yng aku mahukan...dan pada waktu pon tu pulak x terkeluar plak ilham nk g usya kt Universiti len...

Akhirnya...dan apa yang aku nak tekankan disini adalah...bila aku bukak science daily ari nih...ternyata..idea aku mmg buleh pakai.. dimana..sekarang ini telah ada satu system/ design bangunan yang mampu utk menyelamatkan penghuni bangunan apabila berlaku gempa bumi!!

Concept dia sama seperti apa yang aku bayangkan dulu..tapi dia dah sampai stage yang btol2 buleh implement laa..aku tahap2 baru nak riki/usya/risik/kaji je...anyway...apa yang aku nk tekan kan kan sini Nothing Imposible..




The design

konsep design in adalah dengan menumpukan segala seismic load wujud akibat gempa...di alirkan pada steel structure kemudian melalui tendon, load akan di alirkan ke fuse "mende kecik yang bergigi2 2"...dan mende gigi2 tu akan pecah bila loading exceed expected...dorang dah try up to 7 scale taw...massive of dynamic load..

Dengan kehadiran design ini, tak bermakna kita boleh selamat dari hukum alam...ia cuma dapat mengurangkan kerosakan bangunan...dengan kata lain kerosakan tetap ada...tapi..dengan adanya sistem ini...bile gempa bumi berlaku, kos,masa, tanggungjawap untuk kita rehabilitate balik bangunan tu munasabah sket laaa...x lah seperti seblom2 nih..jahanam terus tinggal nak anta kat kedai besi berdekatan je untuk di timbang kati mahupon kilo..

Apa2 pun...ini menunjukan kehebatan manusia untuk mengelakan malapetaka yang hadir dari tanah...apa2 pon, ilmu ini patut kita pelajari ketahui...dengan ada nya design ini ribuan nyawa dapat diselamatkan...dan kerugian dapat diminimum kan..kesedihan dapat dikurangkan...tapi xbermakna keterlupaan pada Pencipta ditingkatkan..

Ingatlah!! pabila datang bala bencana..perhatikan lah mengapa ia datang..sedarilah yang kehebatan manusia sgt kerdil/ciput/zarah jika dibanding kan dengan sang Pencipta...jadi berdoalah agar dijauhkan dari malapetaka..

Sources...

Monday, September 7, 2009

Reunion smtms

Malam yang mengembirakan

Gathering

Berpaksi kan koordinat X itu bora dan Y ombak.. kami ex-smtms 2001 bersetuju untuk berbuka beramai2 disana. Dikepten kan oleh Terk selaku mamat besi pada zaman pangilan 8 tahun lalu…beliaw telah berjaya mengumpulan lebeh kurang 50 org laa…untuk masuk kebora ombak sume participant dikehendaki membawa “ampatpulohlimahengget” kalu ikut kan napsu kedekut aku mmg mahal..n makanan setakat boleh laa…x lah superb..tapi 45 hengget itu adalah tiket yang bakal memberikan keseronokan/ perasaan yang lebih gempaq dari korang bayar hengget untuk tengok konsert malam indonesia…seyes..

Sebab?

Program merapatkan silaturahim nih mmg mahal…definasi mahal aku adalah dengan kata lain maksudnya berharga!...x kire la..compare antara zahir dan batin…dedua kompem mahal… zahir mungkin bleh murah if wat kat tempat2 yang sempoi…bagi aku kan…reunion nil ah tempat kite lupekan kesah lame..kembali kepada masa lampau…seyes…macam mane berubah pon korang…biler reunion akan kembali dengan gaya terjal zaman “es-pi-em!!!”. Mmg aku senyum sampai ketelinga je…sape yang xdatang mebi dorang xnampak function sahabat2 lame ni…even kalu dulu korang jenih x campur org pon…org kepada sesiap yang x dpat keseornokan berkawan zaman2 belajar dulu…sebab waktu belajar dipenuhi dengan hasad, dengki, kaliamak panas ati dengan kenakalan kengkawan…caya cakap aku..kalu jumpe balik dah tetua nih…sume jadi len…topic utama perjumpaan hanyalah mengimbau kenagan lama dan update berkenaan dengan apakah berita anda sekang!!

Yang bawak anak, yang bawak org umah…yang bawak telur dengan bantuan burung pon ada…tapi aku paling panas bile org tanye mane pasangan…asik single je..gua dah plural beb…tapi x bawak je sebab xleh nak masukan dalam poket…

Rata2 sahabat2 smtms aku sume jadi org..sume tahu nak hidup…aku bangga ngan korang…x sesia dulu kena lempang,terajang, henjut ketapi 1000x, dengan warden berkuasa waktu tu..dan akhirnya korang tetap jadi org..

Masalah tetap akan timbul sebab itulah dakwat untuk jalan kehidupan…tapi sahabat/rakat merupakan intipati yang bakal memberi kenangan baik atau buruk…tapi aku ada terbaca time ramadhan nih lah kite kena memaapkan..buang je yang keruh……

Kat bora ombak 2, kiteorang tempah 5 meja…..itu baru 4 org yang kawen 1 pasangan bawak anak… dah 5 meja..cukop 10 tahun dari sekang aku yakin kami mampu menjajah bora ombak itu..hahahahha….
Anyway…silaturahim haruslah dijaga…medan reunion medan mengembalikan kenangan lama…manis atau pahit kenangan itu anda tentukan..kalu pahit anda x biasa telan jgn telan..ambil masa untuk belajar menukarkan yang pahit kepada manis…hopefully persahabatan kami smtms di redhai dan akan kekal hingga keahirnya..adios!!!


makang!!!!


bersama anak ya kembar beb!!..Riana




panjang umur kite jumpe lagi!!


Thursday, September 3, 2009

database!!

Alhamdulillah tepat jam 4 setengah abis waktu bekerja...ari agak bz lah dan aku sukakan keadaan dan kelajuan putaran akal ku hari ini...aku kena wat database...kumpulkan according 2 their equipment. banyak dol!! xpe lahh..kalu x xda keje aku gak yang busan...tapi aku perasan kan aku banyak memikirkan sesuatu yang complicated based kepada kehendak boss aku...tetapi setelah aku penat memikirkan methodology,system yang bakal membeliakkan encek boss tapi at last! idea yang akan digunakan adalah idea aku yang terawal yang simple...kalu cam gitu watpe aku pikir pepanjang kan...bek aku dapat terus jalan je..x yah pikir2...but its comlicated laa..

What ever it is...this is juz an ezi task bagi aku...7 tahun aku menuntut kejuruteraan awam...belum masanya untuk aku apply kan..tapi dalam 7 tahun bukan ilmu kejuruteraan je yang aku blajar...tapi ilmu cara2 untuk hidup...dan dalam masa 7 tahun 2 lah baru aku sedar hidup aku selama nih mudah....dah ada manual beb!!kalu betol2 paham...hidup akan jadi ter amat indah...

Database bukan masalah...
Kekecewaan bukan masalah...
Kesedihan juga bukan masalah....

Semua dirasakan tetapi bukan nadi kehidupan...
bukan keperluan..
Keperluan adalah mengenal diri...mengetahui tujuan hidup...mengetahui bagaimana mahu membaca manual?? atau pon yang paling penting tujuan HIDUP.

Tuesday, September 1, 2009

REJEKI

Hari nih aku datang awal sket ke opis sebab aku pergi ngan jojo jadi x wat ape aku pon nak mengupdate kan le BB kali ini....

minggu lepas ari sabtu aku follow abg aku g berniaga kat MAEPS kat ngan upm serdang...tempat dia syes mmg care!!siap ada gokart ngan car driff woo...mmg stylo...tapi aku pelik xramai org tahu lagi...peniaga disitu agak ramai dengan tapi sayang...org yang nak membeli 2 x ramai...terjumpe lak ngan member aku yang dah lame x jumpe iaitu NUTT!! member zaman2 jahiliyah...dia berniaga jeans kat situ...

time tengah sebuk2 tunggu org datang nak membeli, bertemankan bunyi2 radio dari gerai2 lain kepala aku trus terbang kepada satu perspektif yang baru...iaitu kesungguhan untk mencari rejeki yang di tonjolkan oleh peniaga2 disini...even xda orang sgt pon dorang still stay sampai kol 11.30 malam....tempat dia nih mmg strategik dan aku berpendapat ia maybe buleh jadi lagi hebat dari uptown yang sedia ada...

bagi aku rejeki Allah berikan....duit merupakan medium yang paling dikenali org manusia normal. adapon dek kerana terlalu ingin mengejar rejeki akal dan tulang 4 kerat harus lah d gemblengkan bagi mendapatkan rejeki yang diingin kan

KALAU DAPAT LEBIH?
beringat2 lah...jgn lah terlampau ikutkan hawa napsu! enjoy terlebih sebab ia akan mendatang kan pada kite kelak

KALAU DAPAT KURANG?
jgn keluarkan beberapa ayat2 maki....tarik napas sedalam2 dan hati jika ada yang terkentut kerana mungkin urat kemarahan akan semakin tegang...tapi apa yang penting jgn mengeluh dengan apa yang dapat...senyum bersyukurlah kerana masih ada lagi yang lebih sadis keadaannya jika dibandingkan ngan kite!

Tuesday, August 25, 2009

Saya budak baru belajar!




Hari khamis bersamaan dengan 20 August 2009, aku wat kelakar…sebab aku x pernah lagi angkat2 kal kat maser nih, just for information, even though aku rase apa yang di terangkan oleh kak Nora dah jelas tapi pengalaman adalah 2nd guru aku. Aku rase macam nak share lah ngan pembaca kelakar magic yang aku wat pada Khamis 2..

Kisah nya bermula apabila aku mendapat bunyi “kringg!!” pada extension aku. Aku ni mmg x pernah kerje opis lagi. So aku x biasa ngan cara2 mengangkat kal. Sebelum 2 kat department aku ada najwa lina n kak nora. Najwa dok seblah aku, lina pulak depan aku. Dengan kompiden dan berdebar aku pon angkat, kot2 bos nak jump ke kan. Bila angkat aku dengar

“Najwa msg online”

Itu yang aku dengar laa…aku yakin minggu ni ari senin ari 2 aku dah korek telinga layan beb...

Repulsive reaction berlaku pada diri aku..bile aku dngar perkataan “Najwa msg online”
Aku pon reflect dengan mengatakan “haa! Ok!” so aku rase sender msg 2 mesti pelik asal suara najwa agak garau kan…

Then korang aku ape aku wat? Aku letak lah phone 2. dan aku dengan yakinnya berpendapat bahawa ada email online untuk najwa. Aku dah bersiap sedia nak bagitahu beliau bila beliau balik dari solat.

Tapi korang tahu x factnye ape..

Fact nye aku dah biarkan mamat yang nak bercakap ngan najwa 2 melayan lagu yang ada bile hold call. Sebab yang bagi msg itu adalah kak abby, receptionist yang akan filter all call yang masuk. Hahahahaha sengal!

Sepatutnya bila aku dengar je “Najwa msg online..” tindakkan yang aku ambil adalah cakap ok dan tunggu talian disambungkan kepada aku dan aku pon patutnya jawap
“call back another 10 minutes because najwa is not around…”

Tapi tulah kesengalan aku…tapi pengalaman itu lah guru kedua aku hal2 jawap phone nih instead kak nora (boss nye secretary).

Itu lah, even kita rasa kita dah tahu mende tu even sesimple mengangkat phone pon, itu x bermakna kita dah bijak. Banyak lagi yang mende yang kita tak perasaan and that’s why lah kuar pepatah melayu “makin berisi makin menunduk”.

Kehidupan baru bermula 17 August 2009

Hari ini bermula la kehidupan yang baru…setelah penat sudah berhempas pulas selama 7 tahun untuk mendapatkan qualifikasi sebagai batu aras memula kan laras kehidupan, akhirnya…aku telah di terima untuk bekerja di Maser (M) Sdn Bhd.

Apa-ape pon kerja mmg akan memberikan pressure..depends on how you manage the stress..harap2nya dengan pembelajaran yang aku dapat selama 7 tahun, rase2 nye boleh ko nak kire stress, divert stress or maybe change stress to rest!

So tetiap pagi aku akan baca satu motivation quotes yang ada tertampal kat partition aku

“ im still determined to be cheerful and happy, in whatever situation I may be; for . I have also learned form experience that the greater part of our happiness or misery depends upon our disposition, and not upon our circumstances!”

Nothing imposible…so untuk blog ini selagi ada peluang untuk aku terus berkongsi pemikiran yang terlintas di pikiran aku, selagi peluang internet diberikan kepada aku…aku akan terus cuba mengekspresikan pemikiran aku, pandangan aku, perkongsian aku bersama sesiapa yang ingin membaca!!

Rezeki dikurniakan Tuhan. Dan duit bukannya rezeki! Duit pengantaraan untuk memiliki sesuatu di Dunia sementara ini. Kehendak dan keperluan harus di atur supaya kelak tiada pertembungan yang bakal memberikan keputusan yang tidak relevan! Kehendak hanya lah nafsu dan perlu di tapi dengan akal yang memastikan adakah ianya keperluan atau tidak!

Jadi, apa pun yang terjadi kerja juga merupakan ibadah. Manusia pula kadang-kadang alpa. Harap-harap aku dapat sesuaikan diri dengan kerja ini dan sentiasa berpijak di bumi yang nyata! See ya!

sori xda gambar...kamera xda..

Sunday, June 7, 2009

Takut?


Sifat takut, adalah salah satu daripada cabang naluri atau fitrah manusia. Allah Subhanahu wa Ta’aala mencampakkan rasa takut ke dalam diri manusia, salah satu tujuannya adalah untuk menjadi alat yang menyelamatkan manusia daripada kemudaratan.

Takut kepada panas, menyelamatkan manusia daripada tercedera memegang api.

Takut kepada penyakit dan kesakitan, menjadikan manusia berusaha lebih untuk menjaga kesihatan.

Takut kepada rompakan dan kehilangan, manusia akan meningkatkan kawalan/pengawasan di kediaman masing-masing.

Semua perasaan takut itu adalah untuk membantu manusia menjaga kualiti hidupnya kerana untuk selamat, manusia perlu bertindak lebih pantas daripada proses berfikir. Takut menghasilkan tindakan spontan yang diperlukan.

Begitu jugalah dengan sifat-sifat kontras yang lain di dalam diri manusia. Sifat marah, cemburu, dendam, letih dan mengantuk, biar pun lazimnya dianggap negatif, hakikatnya ia mempunyai peranan yang tersendiri dalam menghasilkan manfaat dan mencegah mudarat dalam kehidupan manusia.

7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

8. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -

9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

10. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

[Al-Syams 91: 7-10]

Sifat takut ini boleh berubah daripada baik kepada buruk, apabila ia tidak diletakkan kena pada tempatnya. Apabila perasaan takut itu melebihi keperluannya, maka manusia yang selamat kerana memanfaatkan rasa takut yang betul, berubah menjadi manusia yang penakut hingga merosakkan diri.

Biawak mungkin disangkanya buaya.

Cacing mungkin disangkanya ular.

Perkara kecil menjadi besar… tatkala takut hilang batasan dan menguasai diri melebihi keperluan.

Justeru Allah Subhanahu wa Taala mengingatkan orang-orang yang beriman, agar belajar menguruskan ketakutan. Mereka juga diberi peringatan supaya menyiapkan diri, bahawa ada keadaannya, orang-orang yang beriman ini akan diuji oleh Allah Subhanahu wa Taala dengan beberapa cabaran kehidupan termasuk ujian berupa ketakutan.

Firman Allah Subhanahu wa Taala di dalam al-Quran:

“Dan pastinya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, jiwa dan hasil buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” [Al-Baqarah 2: 155]

Di dalam ayat ini, Allah Azza wa Jalla menerangkan kepada kaum yang beriman bahawa keimanan mereka kepada Allah harus meningkat dari satu tahap ke satu tahap, dan peningkatan itu berlaku melalui kejayaan mereka menangani dan menguruskan beberapa ujian kehidupan. Antara yang disebut di dalam ayat itu:

1. Ketakutan

2. Kelaparan

3. Kekurangan harta

4. Ancaman nyawa

5. Kehilangan sumber tanaman atau sumber pendapatan

Inilah bentuk ujian yang akan melazimi kehidupan orang-orang yang beriman. Kesemuanya datang dengan maksud yang jelas, iaitu sebagai desakan daripada Allah untuk menzahirkan siapakah di kalangan kita yang akan bertindak secara yang terbaik di dalam hidup ini, tatkala berdepan dengan ujian-ujian berkenaan.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

"Dialah yang telah menjadikan kematian dan kehidupan kamu sebagai ujian untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)". [al-Mulk : 2]

Antara ujian yang tersenarai tersebut, Allah Subhanahu wa Taala meletakkan ujian ketakutan sebagai ujian pertama, kerana ketakutan itu boleh bersarang dan menguji manusia sebelum ujian yang sebenarnya terjadi. Seorang yang mahu mengamalkan Islam, mungkin membayangkan kesusahan hidupnya apabila pilihannya tidak disenangi rakan, susah untuk naik pangkat, susah nak dapat tender, dan pelbagai lagi kerisauan dan ketakutan yang muncul di dalam diri, sebelum ia sebenar-benarnya berlaku. Bahkan mungkin ia tidak akan berlaku.

Justeru, seorang mukmin diperingatkan oleh Allah supaya membina kekuatan dan keberanian sebagai sebahagian daripada pembinaan iman.

Allah memujuk orang-orang yang beriman agar membuang rasa takut itu dengan beberapa cara. misalnya dengan menggambarkan bahawa ketakutan dunia hanyalah secebis dari ketakutan sebenar!!!Maka sesungguhnya sebesar mana sekali pun ujian yang mendatang, ia hanya secebis dan sedikit daripada ketakutan yang sebenar.

Masakan tidak.

Jika kita takut dengan cakap-cakap orang apabila kita memilih untuk menutup aurat, sebesar manakah ketakutan itu jika dibandingkan dengan ketakutan Akhirat tatkala kealpaan kita daripada mematuhi Allah bakal menerima akibatnya yang Maha Dahsyat. Jika kita takut kepada sedikit kehilangan harta benda semata-mata kerana menolak rezeki yang haram, apalah sangat ketakutan itu berbanding ketakutan ancaman Allah untuk membakar setiap inci daging tubuh yang tumbuh dari sumber yang haram?

Sesungguhnya ketakutan di dunia, hanya ketakutan yang sedikit.

Maka janganlah sekali-kali perasaan takut menyebabkan kita hilang keupayaan dan kekuatan untuk mentaati Allah di akhir zaman yang penuh fitnah, mehnah dan tribulasi ini. Ia hanya mengundang kehinaan diri, apatah lagi jika ketakutan itu ditambah lagi pula dengan rasa cinta yang mendalam kepada dunia dan kehidupan.

Di dalam sepotong hadith yang panjang, berlaku ketika sahabat bersama Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya,”apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w menjawab, “bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab,” CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI” [Riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani]

Sesungguhnya jangan kita hairan terhadap nasib umat Islam yang ditekan dan dihina pada hari ini. Allah mencabut rasa gerun dari jiwa musuh terhadap kita, disebabkan oleh penyakit hina yang membelenggu diri. Itulah penyakit WAHAN.

Cintakan dunia, dan membenci kematian.

Lupakah kita kepada seruan tentera Saad bin Abi Waqqas semasa masuk ke daerah tanah besar China?

“Kami adalah kaum yang mencintai kematian seperti kamu cintakan kehidupan”

Kata-kata itu bukan ancaman bunuh, tetapi suatu penegasan terhadap prinsip dan keseriusan umat Islam terhadap visi dan misi hidupnya. Kata-kata itulah yang menjadikan Islam, diterima dan berkembang luas di China, lama sebelum Islam menjengah Kepulauan Melayu, suatu ketika dahulu.

Buangkanlah rasa takut yang membelenggu kita daripada berperanan dalam kehidupan.


TIDAK TAKUT

Hari ini, kita berdepan dengan suatu fenomena yang luar biasa.

Ketika orang yang baik-baik semakin takut-takut untuk mempertahankan prinsip dan keimanannya kepada Allah, manusia yang lupakan Allah pula semakin hilang rasa takut dalam kehidupan.

Manusia menjadi terlalu berani, hingga mereka sanggup melakukan kerja-kerja yang merbahaya, tanpa sebarang manfaat atau sebab yang layak untuk berkorban hingga mati.

Anak-anak semakin liar dan berani, hingga tiada sekelumit rasa takut di jiwa mereka kepada ibu bapa dan guru. Golongan yang digelar sebagai Mat Rempit/samseng jalanraya tidak takut dengan ancaman kematian, atau kecacatan diri yang serius andai mereka terlibat di dalam kemalangan jalan raya, malah ada sesetengah program yang secara sengaja, mencabar ketakutan manusia untuk fitrah itu dilumpuh, dibunuh atau dimatikan sepenuhnya seperti Fear Factor.

Apabila anak-anak tidak takut kepada ibu bapa dan guru, apabila Mat Rempit menganggap hukuman undang-undang, pecah kepala berderai otak, dan lumpuh separuh badan hingga menjadi beban kepada ibu bapa yang sudah puas membasuh berak kencingnya semasa kecil, semua itu sekadar gurauan dan permainan, seluruh masyarakat menanggung sakitnya.

Seluruh anggota masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, fahaman politik dan taraf pendidikan, kesemuanya menanggung kesusahan dan ancaman, dek hilangnya rasa takut daripada naluri manusia seperti ini.

Lebih membimbangkan, terhapusnya rasa takut itu bukan sahaja berlaku di kalangan anak-anak remaja kita dan kelompok samseng jalanraya, namun musibah terbesarnya ialah apabila perasaan takut itu tercabut dari jiwa para penjenayah!

Biar pun hukuman gantung diperkenalkan sebagai hukuman mandatori ke atas kesalahan pengedaran dadah, jenayah itu tidak pernah merosot. Pelbagai undang-undang diperkenalkan untuk mengekang jenayah dan mengugut pelakunya, tiada sebarang peraturan dan undang-undang yang diperkenalkan itu, mampu menimbulkan rasa takut dan gerun di jiwa penjenayah dan masyarakat keseluruhannya.

Lihat sahaja di negara seperti Amerika Syarikat, hukuman penjara yang diperkenalkan, ada di antaranya yang tidak masuk akal. Hukuman penjara mencecah 500 tahun dikenakan ke atas James Downs, seorang bekas pekerja gereja New Destiny Christian di Laveen atas 28 kesalahan jenayah seks di luar tabii dengan kanak-kanak di bawah umur.

Apakah hukuman sedemikian rupa berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara itu? Jauh sekali.

Malah di sesetengah negeri di Amerika Syarikat, ada hukuman bunuh yang sangat kejam diperkenalkan. Hukuman mati di kerusi elektrik, mungkin merupakan salah satu bentuk hukuman mati yang paling mengerikan malah menyeksa penjenayah pada kadar yang tidak mampu dibayangkan oleh akal manusia. Hukuman itu diperkenalkan di Amerika Syarikat seawal tahun 1890 malah turut pernah digunakan di Filipina. Namun hukuman yang amat kejam ini, tidak sama sekali menyumbang kepada merosotnya kadar jenayah di kedua-dua negara berkenaan.

Apabila penjenayah sudah tiada rasa takut, ia menjadi bencana yang menimpa seluruh anggota masyarakat. Tidur malam tidak lena, berjalan siang resah menyerang, setiap detik dan saat adalah peluang untuk jenayah berlaku dan kita mungkin mangsa yang berikutnya.

Sesungguhnya,

Hanya ada satu sahaja undang-undang yang memilik unsur ketakutan yang tidak ada pada hukuman sekejam kerusi elektrik atau penjara 500 tahun. Undang-undang ini tidak kejam tetapi ia amat mengkucar kacirkan fikiran manusia. Belum lagi ia dilaksanakan, penyataan untuk melaksanakannya sudah cukup menimbulkan pelbagai huru hara dalam kehidupan manusia.

Orang tidur bangkit terjaga.

Orang berjaga mengigau di siang masa.

Orang cerdik menjadi bodoh.

Orang bodoh turut tergopoh-gopoh.

Itulah hukuman Allah!!!. Hukuman yang ditentukan oleh Allah, Tuhan yang memiliki dan menguasai hati manusia. Tuhan yang membuka hati kepada rasa takut, dan Tuhan yang menutup hati hingga tercabut kegerunan dan ketakutan. Hukuman itu adalah resepi tunggal, untuk manusia bisa ditundukkan kembali kepada undang-undang dan kehidupan berperaturan.

Hukum Allah, tatkala ia dibawa ke meja perbincangan, sudah cukup untuk menimbulkan rasa bimbang, rungsing dan takut yang membingungkan. Kenyataan-kenyataan seperti makan sup tangan, atau jalan tidak berturap kerana batu habis terpakai untuk merejam penzina dan macam-macam lagi kenyataan lucu yang menyakitkan iman pada yang mendengarnya.

Chaotic atau kehuru-haraan itu bukanlah terjadi secara kebetulan. Ia berbalik kepada unsur-unsur khusus yang terdapat di dalam falsafah undang-undang Qisas, Hudud dan Takzir itu.

Misalnya Allah Subhanahu wa Ta’aala berfirman:


"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegahan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". [al-Maaidah 5: 38]

Takut itu adalah perasaan hati.

dan Hati itu milik Allah!!.

Allah jua yang mencampakkan rasa gerun di hati manusia yang dikehendaki-Nya. Dan kehendak Allah itu hanya dapat diraih apabila formula dan acuan (sibghah) Allah diguna pakai. Sesungguhnya unsur nakaalan minaLlaah itulah yang tidak wujud dalam hukum hakam yang lain. Biar sekejam kerusi elektrik, biar sejelek gantung sampai mati, biar se ngeri tembak di khalayak ramai, ia tidak mampu menghasilkan nilai cegahan kerana cegahan itu adalah urusan Allah.

Cegahan inilah yang bisa mencegah manusia dari menjamah jenayah. Ketakutan yang dicampakkan Allah ke dalam hati manusia, bertujuan untuk mencegah dirinya, dan manusia lain daripada kerosakan yang membinasakan.

Ia bukan sekadar ketakutan yang mencegah pencuri telur ayam, tetapi juga para bangsawan yang seleranya sebesar perbendaharaan negara. Rasa gerun untuk mengekang manusia berpangkat tinggi dari bermaharajalela menyelewengkan harta rakyat.

Cegahan inilah yang bisa menghentikan kegiatan menjual beli undang-undang. Sebuah negara di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, tidak pernah musnah kerana miskin harta dan pembangunan. Tetapi keseluruhan hidup manusia menyaksikan negara segagah empayar Rom dan Parsi, Utara dan Selatan, Timur dan Barat musnah apabila manusia tidak lagi mampu dicegah dari kejahatan. Apatah lagi kezaliman bangsawan dipejamkan mata dan kesalahan si miskin diheret sepuas-puasnya.


“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya umat sebelum kamu binasa kerana tatkala si bangsawan mencuri, mereka membiarkannya. Sedangkan apabila si lemah mencuri, mereka mengenakan hukuman hudud ke atas. Demi Allah, kalaulah Fatimah binti Muhammad itu mencuri, nescaya akan kupotong tangannya” [Hadith Muttafaq 'alayh]

Inilah pakej berupa ancaman dari Allah dan Rasul buat sekalian pencuri dan penjenayah, baik dia itu rakyat biasa yang mencuri basikal di rumah jiran, mahu pun bangsawan yang merompak perbendaharaan negara untuk kepentingan hawa nafsu mereka.

Apa sahaja ancaman lain, tidak bisa menimbulkan rasa gerun dan takut di hati penjenayah. Walaupun manusia sudah begitu moden, ketakutan mereka masih ortodoks… menggeruni apa yang digeruni oleh manusia zaman berzaman.

Hanya hukuman Allah yang mampu menggerunkan HATI… tempat jatuh pandangan Allah.



"adaptasi dari khutbah jumaat di de palma hotel!!"

Tuesday, June 2, 2009

Value Vs Money Part 2 (Cheapest Demolishing! )

Semoga ALLAH merahmati kematian 7 org TKI yang bekerja untuk mencari sesuap nasi di malaysia tetapi akhirnya Meninggal kelalaian.

Berapa kah nilai nyawa? sape buleh jawap??

TIDAK TERNILAI!!!...jawapan TERBAIK!!!

yang boleh menjawap segala pertikaian...


Bermula dengan....meletakkan 9 excavator dibahgian atas bangunan berusia 30 tahun....3 biji tingkat 9 dan 6 biji kat tingkat 4..

kemudian hack the concrete..sampai pecah...then tarik tetulang..

BOOM!!! cheapest demolishing complete....

mudahkan???



lupakan non vibration method..

lupakan planning for demolishing


lupakan local autorities
lupakan kehidupan pekerja TKI ank bini mereka dan Nyawa mereka..

lupakan NILAI dan Dambakan DUIT
apabila masa makin dekat...

kerja belom selesai???mudah!!!carilah cara yang mudah!!


lupakan undang2...peraturan ciptaan manusia adalah untuk di langgar!!
hapuskan lah NILAI

kejarlaH DUIT
bergantunglah pada DUIT!!!


ABAIKAN AKIBAT...ANGGAP IA HAKIKAT!!!



maaf...aku secara total menolak pahaman seperti ini!!!

tiada mahu aku menceritakan tentang spekulasi2 engineer berkenaan dengan kes nih...

tiada mahu aku menyalahkah sesiapa...

semua punya processor yang Sang Pencipta bekalkan untuk melihat dan memproses dan memikirkan!!!mana yang Hak dan mana yang Batil

semua punya AKAL!!!semua punya HATI!!! dan semua Punya nafsu dan keinginan

aku tetap dengan pendirian ku....lihat sesuatu bukan MATERIAL/DUIT visual pertama yang muncul...

TeTAPI...

Pandanglah semua dengan meletakkan NILAI pada setiap Visual

lihat lah sesuatu dengan mata hati...

to be continue.....

Monday, June 1, 2009

menjawap TAG!

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?

Ruh+Jasad, family & friends.

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?

Roti kosong kuah kambing amid.

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?

ikut napsu aku nk kawen kat atas langit...if only got technology lah nak bawak about 2000 invitation kan kat atas 2...tapi itu khayalan...kat umah suda!!

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?

restoran amid

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?

Mengenal Diri

8. Apakah nama penuh kamu? EJA TERBALIK

Zaihafiz. bila Terbalik dia jadi Zifahiaz....cam best je bagi name anak kan!!!

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau mak?

Mama+Babah

10. Namakan seseorang yang ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertama kalinya??

My role model. Muhammad S.A.W.

Nothing impossible...kan?

11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?

-jojo

-apis

- Lina

-Lin

-Mast

-Amat

-pejo

-lufti

- KKDK 0708,0809

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?

Mustilah ye. kalu adik aku g latihan polis ke...g berkelah ke..kalu x bagi kat dia je..upah dua hengget!!

tapi kalu dia xda..jawapan nye sendri gak!!

13. Tempat yang paling seronok yang kamu mahu pergi?

Mekah,7 tempat ajaib di dunia

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..

-Pompuan yang bergenetik lelaki

-Suwit!

-Kerek

-Chokobi Bersastera

-congkak!

15. 8 perkara yang amat saya gilai?

-Memerhatikan

-Talking

-Laughing

-music

-building technology

-Motivation quotes

-art of persuasion

-engineering

16. Pelukan atau ciuman?

Ciuman

17. 8 perkataan yang sering diucapkan? (kalau marah kat sapa2 ahh)

- bukan cukop!

-sengal

-kaliamak

-H1N1

-pundek

-fcuk!

***aku cube sehabis baik...tapi aku lupa..sesape yang pernah dgr makian yang lain sila bagitahu eaaa..aku nih pelupa sket***

18. 8 buah buku yang paling baru dibaca

-how 2 win friend and influence people

-sifat 20

- Mengenal Diri

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali??

- disamping mu

-no promises

-adagio

-jalinan

-Deeper Conversation (Yuna)

-1 2 3 4 (Plain White T’s)

20. Mari men’TAG’ 8 orang lain…

-Mast

-Mimi

-Mirad

-azie tom

-nana

-ina

-sesiapa yang membaca..ramai sangat wehh!

Sunday, May 31, 2009

Rumah kotak

Sume orang sekarang bercerita tentang green building...sume inginkan building yang effective,berguna,berasimilasi bersama alam dan mempunyai function yang lain dari yang lain...tapi hakikatnya...itu lah satu kehendak atau demand yang sepatutnya difikirkan oleh manusia apabila ingin membina rumah...tapi kesedaran seperti itu tidak wujud dikalangan kebanyakkan klien kerane kurang nya ilmu berkaitan dengan kejuruteraan...


sebagai contoh kalu di north europe yang biasanya beriklim sejuk..bagai mana mereka nak membuat satu rumah yang ekologi dan economic friendly???senang je..dorang basic key yang dorang perlukan adalah heat didalam bangunan or houses..dorang perlukan haba didalam coz luar dah sejuk...beza ngan Malaysia sebab kita perlukan kesejukan dalam rumah...sebab luar sngt panas...so kalu dalam kes europe di Scandinavia...mereka mengambil langkah untuk mengecilkan saiz floor dan mengecilkan rumah...atau dengan kata lain meng"design" rumah sauna..


features
size = 19 m square
- living room
-bedroom
-kitchen
-bathroom


dan percaya kah anda menurut aktikel dan pencarian sy..harga rumah ini hanyalah 1/4 dari harga rumah yang berada disekitar itu dengan keluasan yang sama. murah dan efficient!

Project data:

Materials: wood: 2,12 m3 pine/ structures
3,30 m3 cypress/int. surfaces
0,46 m3 birch/ kitchen
0,13 m3 spruce/ bathroom
0,10 m3 red oak/ living room
0,15 m3 nut/ bedroom

facades: 0,008 m3 aluminium

windows: Pilkington energy saving windows

isolation: Glava special isolation.
Size: exterior measures 5500 cm (length) x 5700 cm (height) x 2300 cm (width)

Floor area: 19 square meters

Planning and building time: August 2007 –October 2007


layout plan
Maknanya disini..dorang mnegunakan akal dan memcipta sesuatu base on kesesuaian dan kehendak diri sendiri...so macam mana nak ada kehendak??kena lah ada ilmu..kita tahu lah ape yang perlu dan tidak...so dapat lah melemahkan individu yang membuat sesuatu sambil memaksimum kan keuntungan...

Monday, May 25, 2009

Money Vs Value




Terlebih dahulu sejuta maap di pinta karena tiada mengupdate kan blog...sebab sekarang nih sedang menjalankan aktiviti praktikal di HMSB...so...during this period of internship..change me alot...biasa la mula untuk menjejakkan kaki semula ke real life...bagus lah setiap universiti ni mewajibkan semua student untuk masuk praktikal sebelum grade..memacam aku dapat...antara nya sekarang aku cuba untuk mengaplikasikan ideologi zikir n fikir

amat susah untuk org yang agak banyak cakap seperti aku untuk berhenti bercakap n berfikir...even apa yang di beritahu itu kau sudah pon tahu...tapi aku pujuk hati ku dari membuak2 memberikan pendapat...demi menjaga hubungan...dan bermula lah cara hidup aku yang baru iaitu fikir n zikir...tapi aku akan balik dan bercerita lah ngan kengkawan aku..but bukan berkenaan ngan keje..

satu mende yang ment"trigger kan aku lately ni...apa yang penting dalam kehidupan???duit atau pun nilai...

Duit

aku tahu sume org nak duit sape xnak duit kan..sebab duit sume bleh dapat..tapi biasanya if we all base kepada dongeng hikayat lame...ramai yang akan ckap money cant buy happiness...aku rase ramai yang setuju ngan hikayat lame nih..but...how many are really into it??mendalami maksudnya...memahami dan mempraktikan dalam kehidupan seharian?? bila praktikal nih...i see the real world again..life yang penuh dengan kecantikan dan ingredient yang aku perlukan untuk mencorakkan hidup aku setiap hari....aku cuma perlu proses dan laksanakan...proses itu lah berfikir...dan laksanakan perlu zikir...sebab mende yang kita laksanakan itu kadang2 luar dari batasan kemahuan kita...setiap hari manusia akn mula memperkatakan duit...mula menyanyung duit...memberhala kan duit....duit bukan lah perkataan tapi material...material di sini adalah kebendaan..kebendaan yang cuba didapat kan oleh manusia sehingga sanggup menelanjangkan baju yang meletakkan NILAI dalam diri manusia...
material yang di kejar seperti pengiktirafan manusia,benda2 yang pastinya akan mendapatkan keredhaan dari manusia...perlukah???aku pon x faham...rata2 kenalan2 aku semua nya pasti akan bercerita berkenaan dengan kerja, pengalaman dan keinginan serta cita2 menjadi yang terbaik...bagus...tapi indikator nya adalah duit..gaji..bukan lah x penting tapi mereka seolah2 meletakkan atau imbuhan sebagai indikator berjaya!!

semakin hari semakin hilang nilai dalam diri...setiap hari berbuih mulut...bergabung sel2 otak untuk memikirkan bagai mana mencapai duit???toleransi...kasih sayang...empheti..hilang!!!manusia seolah2 ketagih dengan dadah duit...sanggup melakukan menda2 yang meletakkan diri mereka setarap dengan binatang!!!!ini lah akibatnya di sebab kan terlampau mengharapkan ciptaan manusia...pengiktirafan manusia...pujian manusia...bukan mencari keredhaan Allah...baraqah Nya...

nilai seperti membuat sesuatu tiada berkira...tiada mengumpat...dan setiap kali aku dok diam aku memikirkan menda macam ni...aku lihat je orang sume buas mencari hidup!!!

apa yang dikatakan dengan hidup??
bergaji besar,berkereta besar,berbini besar, masalah besar...nilai hilang duit banyak..

atau

sederhana...disayangi ramai...bersyukur....sentiasa redha!rajin bertawakal bekerja seperti hidup untuk seribu tahun dan ibadah seperti nak mati esk!!

anda pilih

to be continue!