RSS Feed
This is a mood message, you can edit this message by editing file message.php, or you can also add here some advertisement.

Monday, April 6, 2009

Ader aku ‘kesah’lism?



Menatang ape lah tanjuk nih agak-agaknye ea? Saje je aku nak letak perkataan “lism-lism” ni supaya nampak ianya satu bentuk ideologi yang jumud dan kalau tak dirawat dengan segera….kompem jahanam beb.


Pasal ape plak nak jahanam?ape yang jahanam?


Aku bukan-lah doctor yang nak rawat-rawat ni, tapi sekadar perkongsian.Sebab penyakit ini bagi aku adalah satu bentuk pemikiran ketidakpedulian dengan keadaan sekeliling yang seakan-akan barah dalam society. Dan masalah ini sebenarnya tampak jelas di pusat-pusat intelektual(sebab aku kat dalam university lagi). Rata-rata Mahasiswa kurang berminat untuk get along with society dan lebih minat untuk berhadapan dengan laptop atau pon desktop, x kesah lah men game ke youtube..yang penting mereka lebih minat untuk buat kerja sendiri dari pedulikan hal masyarakat sekeliling. Dan apabila penyakit ini di biasakan dan dilayan tanpa ada inisiatif untuk berobah, maka satu bentuk ideologi yang “tak tercapai dek akal ku” akan lahir iaitu ideology Ade aku kesahlisma? Initipati ideology ini adalah seperti menolak cara manusia berfikir, mengecam manusia berjuang dan menetepikan manusia berbakti.


Menolak cara manusia berpikir



“Eh…mustahilla…mane ada aku pernah menolak cara manusia berpikir”. Ha…ada terdetik x pemikiran camni lepas baca ideology yang lahir? Haaaa…kalu ada counter-back balik perasaan tu cepat2..sebab dia merupakan petanda kepada penyakit ader aku kesahlism ni…seseorang itu akan bersikap terlalu defensive, sedangkan setiap menda yang diutarakan tue xda kena mengena ngan diri dia pon. Dan antara sindrom lain:-

PHD 1st class
Bukan doctor of philosophy tapi Perasaan Hasad Dengki. Apa yang dimaksudkan dengan dengki ni? Dia tak semena-mena dengki dengan apa yang orang lain buat. Biasanya dengki ada 2 cara. Satu keadaan tu kalau dengki dia bagi tahu…”weh aku dengki seh ngan ko. Ko makan urat kentot ape ni sampai jadi bijak melampau ni” nih dengki terang-terangan. Bagus-lah dengki camni sebab dia akan membawa kepada satu aura positif dalam diri orang yang cakap. Sebab dia bukan lah dengki ape sebenarnya. Dia cakap camtu untuk bagitahu 2 perkara je. Satu “aku bangga ko kawan aku bijak” kedua “tapi bijak ko x lame sebab aku akan jadi lebih bijak”…. haaa kalu dengki style camni xpe.. sebab ni unsur-unsur persaingan. Bagus n syabas beteh!!!!!
Yang tak bagus nye PHD 1st class level nih beb. Dia nih jenis dengki tapi tak bagi tahu then mewarwarkan serta menanamkan kedengkian itu pada hati orang lain. Nih kes bahaya. Sebab kadang-kadang komunikasi nih cakap fakta je x best. Mesti nak tambah ajinomoto sket ngan kari rempah babas. Baru Masyyuuukk!!. So bila dah sampai tahap masyuk…maknanya dan sampai ketahap fitnah sebab mengada-adakan cerita. Sesungguhnya fitnah lebih teruk dari membunuh! “Nauzubillahiminzalik”. Bahaya woo kalau fitnah jadi fitrah…


Ananiah.



Setakat ni punca-punca yang dikenal pasti adalah hilang semangat kekitaan. Lebih kepada Ananiah atau pon Anaconda. Anaconda sekor ular besor yang makan orang yang dia telan bulat2.(xda kena mengena pon..hahaha.)Ananiah pulak semangat hidup bersendirian. Tidak perlukan bantuan orang lain. Kalau perlu pon dia akan mintak tolong pastu diam balik. Lepak balik dalam kelompok atau dunia imaginasi dia. Hidup dia ni lebih kurang xda perjuangan, dan sentiasa berusaha untuk menjadi manusia yang menjadi hamba diri sendiri. Sebab pesakit ini akan menolak sesiapa sahaja manusia yang datang membawa pintu untuk berubah. Dalam ape pon bentuk idea yang datang yang cuba dicurahkan kepadanya, dia dengan rilek dan tanpa segan silu akan menolak dan yang pasti ayat dia last sekali…Ade aku kesah???


Hendonisme


Penerapan hendonisma yang berlebihan yang menyebabkan minda pesakit seolah-olah xdapat nak membezakan yang mana baik dengan yang buruk. Lebih suka mengunakan akal yang dikurnia untuk berfikir tentang CINTA dan HIBURAN atau apa-apa unsur yang membawa kepada percutian minda. Dia ketagih pada mende camni…bukan lah x boleh langsung pasal cinta dan hiburan.tapi bak kate orang cina…man2x la or berpada-pada laa. Dan akhirnya pemikiran ini akan menyumbang kepada kematian idealism.
Dimana silapnya?


- Kurang meletakkan islam itu sebagai cara hidup. Ataupun prinsip hidup. Penghayatan islam pada diri pesakit itu lemah. Kita tahu ideologi memandulkan minda ini tentunya di tegah dalam islam. Sebab itu berjuanglah didunia seakan akan kita hidup selama-lamanya dan beribadatlah seperti kita akan mati esk hari.

- Lahir generasi keanak-anakan. Yang tidak matang suka dimanja, dipujuk dan diberikan choki-choki. Tidak lahir generasi pada hari ini yang mempunyai antibody atau jati diri yang kuat untuk melawan penyakit yang merbahaya ini.

- Malas nak berpikir. Malas nak update kan otak ngan perkembangan semasa. Perkembangan semasa tidaklah hanya terjerumus kepada kancah politik atau ekonomi atau kisah cerai artis sahaja. Ia meliputi semua aspek.


Kalau dah namenye barah, confirm kena bedah beb,minor ke major operation x kesah lah, tapi yang penting, ianya mesti dirawat. Tapi ape-ape pon jangan kalut. Kita ada Al-quran dan As-Sunnah. Berbalik lah pada- Nya.

2 comments:

Anonymous said...

Mahasiswa semakin hari semakin hari semakin lesu..mereka berpendapat universiti hanyalah tempat utk menuntut ilmu dan mencari kawan semata2..amat malang sekali perkara ini berlaku dan berlarutan..mahasiswa kita kini tidak lagi sehebat mahasiswa di kala zaman 60 - 70 an dahulu dimana suara mahasiswa didengari dan dihormati.Dimana silap nya?Kita telah coba merobah keadaan ini dengan penglibatan dalam pelbagai arena di universiti ini namun bagaimana dengan rakan-rakan seangakatan kita yang lain?teruskan usaha walaupun tak lama lagi kita sama2 mengakhiri zaman mahasiswa ini demi agama,bangsa dan negara.

suka untuk aku memetik sebuah ungkapan dari prof. diraja ungku aziz

""Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.."

view said...

nih sume sebab gejala ader aku kesahlisma seolah2 oksigen mahasiswa sekarang!!!ayuh mahasiwa berubah!!!(bersemangat plak aku)

Post a Comment