RSS Feed
This is a mood message, you can edit this message by editing file message.php, or you can also add here some advertisement.

Thursday, September 10, 2009

Gempa bumi?

Dulu waktu waktu nak buat PSM, aku ada 2 tajuk yang aku cuba bawa ketengah tapi x berjaya

1st tajuk
A study of the pholtavonic


tajuk aku ini tujuan untuk aku kaji bahan yang di buat untuk menghasilkan tenaga solar yang didalam nya ada bahan pholtavonic yang mahal!!...so aku cube untuk design 1 pholtavonic yang murah...lantas aku jumpe dngan Dr lokman..beliau pon berkata

"Gud idea tapi masa dan kos tidak relevent"


2nd Tajuk
A study of seismic load..


Dalam tajuk ni pula, aku bincang ngan Puan Zai(peyelia PSM)untuk design 1 system yang boleh menyelamatkan orng dalam bangunan dengan mengalihkan seismic / dynamic load yang terhasil bila getaran...alat yang diperlukan adalah alat pengukur dynamic load..malangnya..usaha aku x terhasil disebab kan oleh ketiadaan alat...aku g usya kat makmal mekanikal...hancus hati ku sebab alat dia x sesensetip yng aku mahukan...dan pada waktu pon tu pulak x terkeluar plak ilham nk g usya kt Universiti len...

Akhirnya...dan apa yang aku nak tekankan disini adalah...bila aku bukak science daily ari nih...ternyata..idea aku mmg buleh pakai.. dimana..sekarang ini telah ada satu system/ design bangunan yang mampu utk menyelamatkan penghuni bangunan apabila berlaku gempa bumi!!

Concept dia sama seperti apa yang aku bayangkan dulu..tapi dia dah sampai stage yang btol2 buleh implement laa..aku tahap2 baru nak riki/usya/risik/kaji je...anyway...apa yang aku nk tekan kan kan sini Nothing Imposible..




The design

konsep design in adalah dengan menumpukan segala seismic load wujud akibat gempa...di alirkan pada steel structure kemudian melalui tendon, load akan di alirkan ke fuse "mende kecik yang bergigi2 2"...dan mende gigi2 tu akan pecah bila loading exceed expected...dorang dah try up to 7 scale taw...massive of dynamic load..

Dengan kehadiran design ini, tak bermakna kita boleh selamat dari hukum alam...ia cuma dapat mengurangkan kerosakan bangunan...dengan kata lain kerosakan tetap ada...tapi..dengan adanya sistem ini...bile gempa bumi berlaku, kos,masa, tanggungjawap untuk kita rehabilitate balik bangunan tu munasabah sket laaa...x lah seperti seblom2 nih..jahanam terus tinggal nak anta kat kedai besi berdekatan je untuk di timbang kati mahupon kilo..

Apa2 pun...ini menunjukan kehebatan manusia untuk mengelakan malapetaka yang hadir dari tanah...apa2 pon, ilmu ini patut kita pelajari ketahui...dengan ada nya design ini ribuan nyawa dapat diselamatkan...dan kerugian dapat diminimum kan..kesedihan dapat dikurangkan...tapi xbermakna keterlupaan pada Pencipta ditingkatkan..

Ingatlah!! pabila datang bala bencana..perhatikan lah mengapa ia datang..sedarilah yang kehebatan manusia sgt kerdil/ciput/zarah jika dibanding kan dengan sang Pencipta...jadi berdoalah agar dijauhkan dari malapetaka..

Sources...

2 comments:

nadiah said...

xde ideal utk jalanraya skali..? mne tau sy bley tlg usul kn..heheh2..

view said...

buleh je..tapi cara len laaa...buleh lah dipikirkan bersama2..cecuba lah cari untuk jalan..igt nothing imposible!

Post a Comment