RSS Feed
This is a mood message, you can edit this message by editing file message.php, or you can also add here some advertisement.

Thursday, April 30, 2009

Mineral House



Pelik kan??ini lah bukti kehebatan akal yang dikurnia sang Pencipta...membuat kan manusia berfikir untuk mengunakan nikmat serta ilmu yang ada untuk menyelesaikan masalah yang timbul...

aku sangat respek kehebatan arkitek bersama engineer dia...tgk xyah buat bumbung untuk car porch...dia mengunakan ruang yang ada atau rekabentuk bangunan secara efisyen..kos tiang xda..kos nk wat bumbung untuk porch pon xda...cantilever yang sangat gempak!!!

and lagi satu..cuba lihat...sape dapat jumpe tiang angkat tangan??beam ke??x perasan kan..

nih rumah mineral yang aku cuba nak kongsikan dengan kalian...

mengapa kah mineral??

Rumah stylo ini ada di Jepun dekat dengan bandar Tokyo..jalan ape aku xdapat nk amik alamat dia sebab tiket air-asia dah abes ke tokyo..
dengan hanya berbekalkan 44.62㎡ keluasan dan terletak di antara persimpangan jalan bukti x semestinya rumah mestilah berbentuk petak untuk tujuan keselesaan dan keselamatan..

keluasan tapak dan isipadu bangunan yang sedia ada di lihat digunakan secara efficient di mana setiap sudut diukir/dipotong dengan cermat dan memastikan setiap ukiran atau potongan akan memberikan kesan positif kepada fungsi bangunan itu.

mineral dan reflection adalah keyword penting utk menerangkan kehebatan rumah ini.

Mineral

Di mana mineral disini membawa maksud dengan mengabungkan abstrak properties..(macam contoh idea/bayangan kita atau conceptual idea yg kita nak macam contoh rumah tapi x nampak tiang) dengan nonfigurative properties (contoh cam dapur, counter shelf, tangga, lantai dengan toilet box equipped )

Arkiteknya Yasuhiro Ymashita designer merangkap owner rumah ini menitik beratkan kemasukan cahaya dari matahari. walaupun cerminnya lutsinar tapi mampu untuk mengawal kemasukan cahaya dari pelbagai sudut sekaligus mengurangkan beban haba yang wujud.

Reflection(pembalikan)

Pembalikan disini membawa maksud dengan menguruskan pembalikan cahaya secara efficient didalam sesuatu ruang, maka ruang yang akan terhasil akan tampak lebih luas dan selesa.Sebab keluasan ini berkait rapat dengan keselesaan penghuni sesebuah rumah..cuba dok rumah sempit...x selesa kan??biasanya luas atau tidak ruang itu bergantung kepada penglihatan kita. jadi YY nih mengunakan pendekatan ruang..dengan mengubah bentuk ruang itu kepada bentuk polyhedra dengan menguruskan pembalikan cahaya secara efisyen.

Jadi apabila korang masuk kat dalam rumah ni..kemasukan cahaya dan pembalikan cahaya yang berlaku didalam rumah itu akan menampakkan rumah itu besar dan selesa...ala...konsep yang paling mudah kan korang letak cermin kat ruang tamu or kat bilik besar2 sebab nak nampakkan ruang 2 lebih besar n selesa kan...cam2 lah konsep dia .....cuma yang itu pembalikan/reflection sahaja...kali ni YY gabungan dengan rekabtuk ruang spti didinding bukan tingkap slope pada ceilling dan ukiran pada dinding rumah sekaligus...gempak seh..teringin gak aku nk g tgk n usya sendiri cun ke x umah nih..

Kalu ada sesiapa yang x paham ngan menatang ape yang aku tulis...pegi kat sini.
pastu coment n share lah idea korang 2 sekali...share is caring...caring is pahala...pahala..amal baik..buat baik kan dibalas baik...babai!!

Monday, April 27, 2009

Bab 1 laaa!!!!



rilek...tenang sabar...aku bukan memarahi sesiapa...cuma aku ada bertengkar sket ngan member aku berkenaan demam terbaru...dia kate elok cakap deman khinzir aku plak cakap bab 1(berlapik mode) atau directnye babi lahhh...mungkin tajuk aku agak kasar skt...hehehehe...

swine flu aka selsema babi..

korang perasan x ada sesuatu yang x kena kat sini...sume orang tahu kan babi nih haram dah tertulis kan Al-quran rujukan ummat yang mengata kan babi itu haram dan kotor...dah tu mengapa masih ramai lagi yang berminat nak menternak babi nih???

dah diterangkan dah dalam surah al-ma'idah ayat 3,

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan.” (al-Mai’dah:3)

tok cukup ngan nih lagi sekali lagi peringatan tentang bahayanye babi nih...dari surah al-baqarah ayat 173,

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Baqarah: 173)

biasanya kalu kita nak menegaskan and nk ingatkan kita mestilah bagitahu 3 kali...nih ada lah satu firman Allah swt dan peringatan darinya berkenaan dengan babi dalam surah Al-An'am ayat 145

katakanlah, "tidak kudapati didalam apa yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya, kecuali daging haiwan yang mati(bangkai), darah yang mengalir,daging BABI- karena semua itu kotor atau haiwan yang tidak disembelih bukan atas nama Allah. Tetapi barang siapa yang terpaksa bukan kerena menginginkannya dan tidak melebihi batas darurat maka sungguh,Tuhan mu Maha Pengampun dan Maha Penyayang(surah Al-An'am :145)

haaaa..kan aku dah cakap..3 kali penegasan diberikan oleh Allah yang sebut terang2 dalam Al-quran babi 2 haram...dah terang lagi bersuluh harus di jauhi dan di kawal...ye lah dia pun kan makhluk Allah...xnk nak bunuh sume babi kan...xkan nak hapuskan sumenye...


Wabak swine flu or selsema babi

wabak bawakan babi ni dah mula dari 1918 lagi dah...Allah dah tunjuk lame dah yang babi nih bahaya...

  • Spanish flu 1981 yang mengorbankan 20juta..
  • Hong Kong Flu – 1968 mengorbankan 2 juta orang
  • Russia Flu – 1977 (tiada rekod rasmi)
  • US- 1976 - 500 kes 25 yang mati
  • filipina- 2007 - xda rekod..
  • mexico- 2009 -1000 kes n 80 yang terkorban..
dan wabak nih kian merebak...antara simptom2 awalan..

-demam panas

- batuk n sakit tekak..

- (sengal2 otak eh silap..sengal2 badan..)

- suara bertukar garau beb..sebab teruk sangat batuk n sakit tekak

- hilang selera makan

- dan banyaklagi laaaaa...

dan penyakit ini buleh berjangkit dengan mudah...antara nya melalui :

  • sentuhan( haaa bila dah datang wabak ni..kapel2 mesti agak segan nak pegang memegang kan..)
  • bersin(padanlah orang tetua cukup marah kalu bersih x tutup mulut kan..)
  • ciuman( haa 2 lah barat suke sangat wat filem cium2...sekang datang kuasa Allah yang nk membersihkan balik amalan yang x sehat ni...nk cuba baca...siap kerajaan mexico igtkan penduduk dia jgn bercium 2( mexico warn no kissing!!)
punca??

-kalu ikut pembacaan...ia datang dari ba alip ba ya ni laa...orang2 yang terdedah kepada perladangan babi yang membawa penyakit ni...dia adalah gabungan2 ape tah...aku baca x paham2 sape yang paham bule lah tambah kat ruangan komen...

so??

kerajaan kita mengingatkan rakyat nya supaya jangan panik...mmg bagus..tapi korang jangan plak buat x tahu or x wat-wat xperasaan tanda2 atau bala yang Allah sedang turunkan...Allhamdulillah x sampai kat Malaysia lagi..mintak simpang laaa...bahaya wo penyakit nih...sebab kite x perasan kita kena beb kalu kena..and dia sangat terlalu cepat untuk berjangkit...

ingatlah..bala Allah turun supaya kita beringat dan sedar...betapa kerdilnya kita...

Friday, April 24, 2009

The Truth about heaven


The Truth about heaven- Armor for sleep(lagu ada kat bawah..cuba dengar n follow)

one of song that inspire me..nice lyric,simple 2 understand and so sweet...hearing it remind me my back passed...


Walked past my grave in the dark tonight
Saw the stone and the note you left for me
To answer your question,
I just had to leave, I just had to leave

But that’s not why I'm here

I came down here to tell you It rains in heaven all day long
I wanna find you so bad and let you know I’m miserable up here without you Miserable up here with out you

Found my way back in the dark tonight.
Couldn’t wake up not right next to you
I’d trade in forever to just hear you say
The sound of my name

But that’s not why I’m here

I came down here to tell you It rains in heaven all day long I wanna find you so bad and let you know I’m miserable up here without you Miserable up here without you
Don’t believe that it’s better
When you leave everything behind
Don’t believe that the weather
Is perfect the day that you die
Don’t believe that the weather
Is perfect the day that you die

I came down here to tell you
It rains in heaven all day long (All day long)
I wanna find you so bad and let you know
I’m miserable up here without you (Miserable up here without you)


I came down here to tell you
It rains in heaven all day long (All day long)
I wanna find you so bad and let you know
I’m miserable up here without you (Miserable up here without you)

Don't believe that it's better when you leave everything behind
Don’t believe that the weather is perfect the day that you die


what did i learn?


if anyone ever needs to find a reason to live, listen to a song... a song that may inspired u to think the reason u live..the songs that may brings back ur SQ(Spiritual Equotient). in life we must combine IQ(intelligent quotient),EQ(emotional quotient) , and SQ...to success..

i think when it comes to depression and suicide,it's better to listen to an inspirational song that encourages people to "spiral out, keep going" rather than a song that speaks of regret. what's done is done, it is so much more important to prevent and to find a reason to overcome your personal turmoil, whatever nature it may have. for those who have already lost someone, for those who are questioning their place in the world, you may need to realize when things reach rock bottom, the only way they have to go is up. also, please consider all those around you who will be affected. and during this time...u'll realizes The Creator,The Al-mighty and you promise to ALLAH...

watch the video clip.....www.youtube.com/watch?v=lf3w_CZwI9g

jus a share for me the song which inspire me when im in the part one of cara-cara membalut luka..

Thursday, April 23, 2009

kasut oh kasut



sape tahu ape fungsi kasut??pada asasnya fungsi dia untuk memelihara kaki dari mende2 yang buleh menguris kaki...itu lah ciptaan manusia..untuk memelihara nikmat yang diberikan Nya.

tapi sekang manusia semakin bijak...semakin demand...semakin bebas...dan sekarang telah mencipta pelbagai jenis kasut dengan mengasimilasikan nya dengan keadaan...dengan menambah fungsi kasut...dan kebanyakkannye yang banyak bunyi tentang kasut nih pompuan lah...laki kurang...aku agak pentingkan gak sebenarnya...tapi bergantung pada keadaan..student wat cara student..dah ada duit senri nanti baru pikir untuk mencari yang terbaik!!

cube tgk kasut pompuan yang jenis heel nih..tapi bukan heel yang paku 2...tapi kasut tinggi je ni sangat cantek...bagi aku lah..dia agak2 urban dan mampu melindungi anda bila hujan..disamping itu jugak akan meningkatkan level of confident seseorang wanita...korang tahu x level of confident wanita 2 terletak pada kasutnya???hahahahaha..btol weh

tapi bagi aku..confident pada pompuan cukup dia tahu ape yang dia pakai 2 elok x elok...yang penting bukan untuk org pandang...untuk keredaan yang Esa cukoop!

tapi aku usya kasut ni aku mmg minat..sebab dia style agak2 kasual n sangat style...hehehe..busan xda idea aku usya part style laa...hehehe..babai!!

Wednesday, April 22, 2009

Apa dah jadi nih??


Astagrafirullah halazim...ape dah jadi ni??? aku sangat sedih dan terpanggil untuk meluahkan rase pelik aku dengan corak pemanduan orang2 kat malaysia nih...bebaru nih khamis lepas...kat kilometer 16-Jalan Kluang-Batu pahat...xjauh dari kediaman den kek banda universiti nih...
berlaku kemalangan yang mengorbankan 3 beranak...sebab dilanggar dari belakang oleh sebuah bas yang belagak besar yang igt sume orang akan ketepi and ingat sume orang terel memandu bas macam dia...di pahamkan sumber dari nety mengatakan bahawa beliau nampak sendiri kete 2 terbakar tapi xtahu ada org apabila melewati jalan tersebut..

sebelom aku teruskan trigger ni...marilah kita sama2 sedekahkan Al-fatihah kepada mangsa semoga rohnya dicucuri rahmat...Al-fatihah..

mengikut sumber dari berita harian...kejadian berlaku jam 11.50 pagi...terang benderang...tgh hari...time 2 nety kate mak dia baru amik anak balik dari tadika...

dah memang ajal...nak wat camne....

haah!ye! mmg ajal and qadaq dan qadar...itu mmg kita wajib percaya..tapi..cuba lah kita sama2 renungkan..bila berlaku kematian...wang ringgit penting x?x kan..kasih sayang yang selama ini ada tetiba ilang..bayangkan apa yang di alami oleh si suami yang kehilangan anak dan istri secara serentak..hidup berpuloh tahun bersama istri...membanting tulang membesarkan anak selama 6 tahun dua orang lak 2..pepenat balik keje tetiba dapat kal ank n istri meninggal...cube bayangkan...tanye sebab ape..

xcident......
apesal??
bas langgar...
camne leh langgar??
bas langgar dari belakang....

kalau aku...nih yang aku akan pikir

ape drive bas ni buta ke??
camne leh dapat lesen kot ye pon bas besar xkan x nampak kancil comel lalu??
xda ati perut ke??
kaki kudung ke nk tekan break???
x pon nak berak ke...sampai x leh nak tekan break???
xpon dalam bas ada perdana menteri ke???

banyak lagi aku pikir tapi kalu taip kang penat plak korang nk baca.. tapi apa yang aku nak tekankan...bila kita semakin maju...kita semakin mempunyai perasaan ananiah...aku2..ko2
nih jalan aku...ko g masuk wat pe??ketepi lah...

kalu camni lah tabiat orang kat malaysia...design lah camne canggih sekalipon tetap akan xcident gak..sebab kesedaran memikiran keadaan orang lain 2 dah makin pudar...ape mmg camni ke perangai orang malaysia??aku pon xpaham

sebagai engineer mmg xpatut untuk mempertikai kan kemalangan berdasarkan sifat manusia...engineer nak xnk kena pikir sebab ape bas 2 x benti...so nih antara yang aku pikir

- sebab jalan kluang-batupahat ni straight n sangat syok untuk memecut...sepatutnya di buat speed reducer untuk mengurangkan kelajuan pada intersection2 yang terlibat...

tapi ni bukan berlaku kat intersection..sebab dia benti kat tepi n nak masuk simpang..dia berlanggar kemudia terseret sejauh 30 meter...then tank minyak dia pecah..waktu terseret tu kan berlaku spark...so tebabomm!!(nety)

- kalu camtu wat lah ruang untuk masuk kesimpang...speed reducer ke kat setiap jalan yang ada simpang..
- xpon design balik ke jalan dia sebab macam xda harapan dah jalan nih(last decision)...


tapi ni sume salah engineer ke??mmg...kalu difikirkan kenapa jalan ni buleh straight sebab bagi aku satu je..pembangunan x dirancang secara total...kesan dia nampak sekang...kalu dari awal x wat betol2 sampai kesudah dia akan jadi cam2..bayangkan lah sampai engineer terpaksa mengambil langkah DO NOTHING!

tapi aku bukan lah nak menyanyi lagu bangau oh bangau kat sini...salah kan engineer..salahkan driver bas...tapi..yang aku nak cite kat sini...kesedaran..perikemanusiaan...humanity!!!!

kalu sume orang ada timbang rase..cuba bayangkan...kalu masyarakat malaysia nih mmg perihatin antara satu sama lain...sampai x terkeluar langsung perkataan bodo ke mangkuk hayun ke bile terkejut adanya halangan pada bahagian hadapan secara tiba2...yang terkeluar cumalah...Ya Allah..Astagrafirullah..My God... pastu sabar..and x da maki2..buleh arr nk salah kan engineer atas sebab design x btol..

tapi yang paling penting..kesedaran sume orang dengan apa yang terjadi..mungkin hari ni hari dorang..tup2 esk ari kita...camne??

berpuas ati kah anda bila kemalangan disebabkan kegagalan seorang manusia??

jadi kita sama2 lah bersihkan hati..sume mende ni berlaku diatas sebab hati yang gopoh,hitam, dan lalai yang menyebabkan kemalangan nih berlaku..jadi sebelom memandu niat lah untuk memandu dengan selamat..baca lah doa sebelom memandu...ingatlah orang yang tersayang..dan sedarkan lah diri anda yang semua pasti mengalami mati...

jangan sampai kita yang menjadi penyebab kematian....pasti akan menghantui kita....

Monday, April 20, 2009

Cara-cara membalut luka Part 2 (who you are?)




sampai kepada part 2...who you are??

bila kita dah berhijrah,dan buat2 sebok, buat sesuatu yang bukan biasanya kita buat...percaya lah sampai satu masa nanti kita akan mula terpikir...adakah ini diri kita???apakah ini yang kita mahukan???apakah ini tujuan hidup kita???terlaksana kah segala yang kita janji sebelom nih???ada lagi x org yang berdendam dengan kita???

secara keseluruhan persoalan yang terungkap dia atas adalah disebab kan oleh kita sebenarnya sedang mula muhasabah diri...pada waktu ni...aku teringat dulu zaman2 nk heal dari luka bercinta...aku x pernah pon nak baca mende2 yang berkaitan dengan motivasi rohani. Aku asik2 memotivasikan akal...aku lupa untuk memberi hati aku makan...rohani aku makan...aku lupa tentang surat cinta yang ada bersama aku selama ini..

surat cinta..

kalau aku dapat surat cinta dari dia...perghh...mmg sangat teruja..apa lagi yang memberinya org yang aku sangat sayang...tapi xdalah sampai tahap baca 3 jam sekali,4 kali seminggu...melampau arrr...baca senyum sorang...then simpan sudah!!!opss maap eh... xda cium2 kertas pon...dulu zaman sekolah adalah..biasa lah belom mimpi lagi...
dalam waktu ini juga...aku rasakan buku2 itu sebenarnya belom memberikan aku ketenangan yang abadi lagi...ayat2 hikmah itu belom lagi berjaya untuk aku berobah secara total...jadi aku kembali kepada surat cinta terakhir aku dengan dia...perghhh..sangat sedih...aku kembali mengingati si dia didalam waktu aku terasa sepi dimana tiada aktiviti yang dapat dilakukan...

tapi kengkadang aku cuba2 untuk membaca sin chan, gelak ketawa kesorangan aku...cuba baca alam perwira...pendekar laut..menaikan semangat aku untuk berperang dengan kesulitan diri..terus..aku cuba untuk membaca buku-buku biblografi,seperti ahmedinejad..pergh!!! terasa macam nak memimpin semua selepas membaca kisah hidup para pemimpin nih...dan kemudian...pada satu hari..aku jenjalan..aku ternampak buku Himpunan solat2 sunat..sebelom nih aku ada pegi kuliah subuh x silap aku..yang menceritakan betapa pentingnya solat2 sunat..

tengok harga kat belakang Rm 5 aku pon dengan selamber beli...jadi agak kelakar lah kot kalau baca buku solat2 sunat dalam bas..(pada waktu permikiran ku dulu..)aku pedulik ape..janji ilmu...aku semakin kerap membaca kitab2 yang berkaitan dengan ilmu agama...

Pertemuan ku dengan surat-cinta

pada satu malam...aku berjumpa balik dengan kengkawan ku zaman2 mude2 remaja yang gila jamming..malam tu kiteorang reunion dan berjamming dan akhirnya...lepas jamming 2 lepak mapley and bincang lah hal2 politik and economi di malaysia...sehinggalah terbukak citer pasal kiamat...isi perbincangan kami nyata jauh berbeza dari dahulu yang biasanya membincangkan band yang terbaik untuk di jadikan influence, pertukaran name2 bandlah...perbincangan riff2 gitarlah dan lyric2 yang mampu menyentuh hati pendengar...tapi perbincangan kami berkaitan dengan hal2 agama..dan salah seorang dari kami menceritakan betapa layannya dia membaca satu kitab yang diberi nama Al-Quran..dia menceritakan bagaimana dia mentafsir dan belajar membaca Al-quran...dari segi jalan penceritaan dia...pada malam itu...aku secara langsung sangat berminat untuk mendalami surat cinta yang di berikan Ilahi kepada ku yang selama ini ada di atas almari dan apabila terjatuh...ku amik ku cium dan ku letakkan-nya kembali di tempat asal..bodohnya aku waktu 2...kali ini aku bertekad untuk memahami/membaca segala yang tertulis didalam surat cinta ini





Ternyata...ketenangan abadi yang aku dapat apa bila aku mengasimilasikan diri ku bersama surat cinta ini...setiap potongan ayatnya maknanya...membuatkan aku sentiasa berfikir tentang kebesaran Ilahi yang dahulunya aku lupa. ini lah bukti cinta Allah pada makhluk bergelar manusia..dengan memberikan Al-quran sebagai petunjuk.

sepatutnya..waktu aku sedih..Al-quran dulu yang aku baca..waktu merintih..Al-quran dulu yang aku selak halamannya...betapa lupanya aku terhadap janji ku padanya sewaktu sebelom ruh ditiupkan ke jasad ku..

apabila lupa hubungan dengan yang di atas..nescaya pasti akan lupa segala hubungan sesama manusia...tidak akan berjaya aku untuk mendapatkan ketenangan dengan segala yang ditulis oleh manusia tanpa bilasan dari apa yang dimaktubkan oleh yang Maha Esa...

jadi..waktu tu baru lah aku sedar and paham...komitmen yang aku letakkan pada pasangan ku adalah salah...aku mula nyesal...so aku mula mengariskan komitmen pada diri ku...aku ada terbaca buku motivasi sape ntah yang mengatakan bahawa...kerana barang siapa yang tahu apa tujuan/komitmen dia dalam hidup...maka dialah orang yang berjaya..

disebabkan akal dan rohani aku masing2 mendapat makanan...aku mula mengenali diri ku..dan mengariskan komitmen seperti di bawah

1. komitmen ku pada sang Pencipta Alam
2. komitmen ku pada keluargaku
3. komitmen ku pada pelajaran / rakan2
4. komitmen ku pada KKDK

dan dalam waktu itu...aku terfikir...adakah aku sanggup untuk menambah satu lagi komitmen aku?? sangat berat untuk aku menambah lagi komitmen..kerana aku masih belom mengetahui secara mendalam komitmen ini...

kini aku rasa aku dah bersedia untuk menambahnya...sebab tetiba je ati aku nih dah terketuk...doakan aku!!!tapi pada kali ini dia akan aku pastikan berada di komitmen yang ke empat kerana...komitmen aku yang ke empat sudah sampai ke penghujungnya...


jadi kalau rase2 tips pertama dah buat...rasa still lagi diri kosong...cuba tips kedua...dekatkan lah diri dengan pencipta...tapi sebenarnya....yang afdal...apa2 pon musibah yang menimpa kita...igt lah Dia sang Pencipta kita yang mencipta kita dari setitis mani yang hina...

selamat membaca...

Saturday, April 18, 2009

New Construction Method in Malaysia






Time kecik2 dulu sape pernah main lego???angkat tangan...best kan..teruja je aku dulu time kecik2 bile aku datang umah member aku dia tunjukkan satu kawasan perumahan yang dibina dari lego...dengan bangga je dia cite kat aku siap ada kren lego lagi beb...dulu time kecik2 aku iri ati je ngan dia..tapi ckp la..so aku terus cakap ngan diri aku..eleh ko wat pakai lego..nanti aku wat btol2...


Sekarang...

walaweh...betol laa..mmg buleh buat..sekarang nih teknik pembinaan kat Malaysia dah same macam negara2 maju yang lain...dorang wat umah dengan meng"adopt" teknik legi...men pasang2 je..xyah nak bancoh2 bagai...maki2, "apsal ko bancuh 1:2:13??? aku suruh 1:2:4 lah dol" bentak engineer kepada bangla..cewah...

so aku nk kongsi sket cara pembinaan lego ni pada sesiapa yang xpernah terpikir lagi..




Industrialize building system



Sistem pembinaan berindustri merupakan salah satu kaedah inovasi yang direka untuk memudahkan dan memantapkan kehidupan seharian. Sistem ini dilihat lebih efektif berbanding dengan pembinaan konvensional kerana ia mengunakan konsep pasang siap.Sistem ini diwar2kan oleh CIDB Malaysia yang wujud selepas konflik yang meragut banyak nyawa dimana jurutera dipersalahkan pada tahun 1995 di highland towers. Sistem ini dijangka mampu untuk membawa perubahan terhadap sektor pembinaan di Malaysia khususnya.


Master plan

Berberapa rancangan telah diatur bagi memastikan sistem ini diimplimentasikan di Malaysia didalam usaha untuk bersaing dengan Negara-negara maju seperti jepun, America dan lain-lain. Antaranya

Bahagian kritikal

- Penerapan ilmu berkenaan dengan IBS kepada golongan yang terlibat dengan sector pembinaan.

- Mengalakan pemikiran inovasi dan penyelidikan

- Mengurangkan tenaga kerja

- Penerapan professionalism

- Peningkatan productivity dan kualiti

Teras bagi rancangan yang diatur oleh CIDB adalah untuk meningkatkan inovasi dan memakmurkan tenaga kerja yang sedia ada. Apa yang bakal dilakukan oleh CIDB untuk memastikan rancangan mereka berjalan secara ringkasnya adalah dengan menyediakan pusat latihan dan mengakreditasi setiap pembinanaan berkenaan dengan IBS serta pemberian insentif



konvensional



IBS RULES!!


TRIGGER!!!


Disebabkan pengunaan tenaga kerja luar pada sector pembinaan adalah tinggi, CIDB mengambil langkah untuk melaksanakan IBS ini dengan tujuan dapat mengurangkan pengunaan tenaga kerja luar. Secara tidak langsung ia bertujuan untuk mengubah pandangan-pandangan yang skeptikel berkenaan dengan perubahan. Disebabkan itu,sungguhpun IBS ini dilihat dapat memberi berberapa kelebihan dan kebaikan seperti mengurangkan tenaga kerja, masa pembinaan, mendapatkan kualiti yang piawai,memakmurkan keadaan ekonomi, dan menjaga persekitaran tetapi, mengapakah idea inovasi ini dilihat kurang mendapat sambutan dari badan-badan yang terlibat dengan pembinaan seperti klien,arkitek, jurutera dan kontraktor?



SIstem konvensional




Jika dilihat dari cara pembinaan yang konvensional, didapati keadaan tapak pastinya berada dalam keadaan yang merbahaya ,tidak bersistem dan berterabur. Tetapi para kontraktor dimalaysia khususnya seakan-akan sudah lali dan tuli dengan apa yang berlaku. Pemaju pula seakan-akan rakus dengan penawaran kerana tiada satu kuasa dari pihak penguna yang menuntut lebih dari yang sedia ada. Mengapakah semua ini berlaku?


Intergriti


Tiada kesedaran integrity terhadap apa yang mereka lakukan kerana hanyalah mengejar keuntungan semata-mata dan menolak keselesaan dan keselamatan pengguna. Tiada penerapan intergrity terhadap pihak kontraktor berlaku.


Kos


Kos untuk pembinaan IBS dilihat bakal memberikan keuntungan yang minima jika dibandingkan dengan system konvesional. Ini berlaku kerana kurangnya ilmu dan keberatan untuk berubah. Para kontraktor, klien masih lagi selesa dengan rutin dan method yang biasa digunakan untuk pembinaan. Tetapi jika system ini diterapkan sepenuhnya dijangka pasti akan memesatkan pertumbuhan sector pembinaan di Malaysia. Ini kerana walaupun untungnya kecil tetapi boleh dilakukan dalam IBS dilihat dapat dilakukan secara serentak jika dibandingkan dengan sistem konvensional. Apabila banyak projek dilakukan secara serentak secara tidak langsung akan menuntut pengunaan tenaga kerja yang professional yang dijangka akan dilahirkan dari tenanga kerja Malaysia sendiri. Ini sekali gus dapat mengurangkan kemasukan pekerja asing ke Malaysia di sector pembinaan.
Disamping itu juga,penyelidikan,inovasi dan smart thinking akan dapat diterapkan di rakyat Malaysia khususnya. Ketika itu akan wujudnya klien yang berinovasi dengan meletakan keselesaan dan keselamatan sebagai keutamaan, pengeluar komponen IBS yang mematuhi piawaian yang ditetapkan,jurutera dan arkitek yang competent serta tradisi baru yang ditiupkan kepada penguna dijangka sector pembinaan berupaya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.


Media


Tiada penerapan dari pihak media kepada penguna. Sepatutnya pihak CIDB mengambil inisiatif untuk menyedarkan masyarakat atau penguna berkenaan dengan perbezaan diantara kedua-dua sistem ini. Media sepatutnya dijadikan titik permulaan kepada kejayaan IBS. Dengan langkah ini, masyarakat akan mula bertanyakan tentang IBS, sekaligus CIDB bakal melahirkan pengeluar, klien jurutera,arkitek dan kontraktor yang mula untuk mengaplikasikan IBS. Di ketika ini barulah para-para belia akan sedar dan akan merebut ilmu yang baru.


Jaringan Rangkaian


Kurangnya perhubungan jambatan CIDB bersama dengan Association of Engineer Malaysian ACEM, board of engineer, dan badan-badan yang menjadi pondasi kepada bidang pembinaan. Disamping itu juga hubungan diantara dunia pembinaan berkenaan dengan CIDB tidak berjaya menarik perhatian pusat-pusat intelektual sepenuhnya. Kerana dipusat intelektual ini lah yang akan menyelesaikan sebarang permasalahan berhubung dengan IBS. Dengan kurangnya hubungan ini, maka IBS seolah-olah masih belum diyakini berupaya untuk menandingi sistem konvesional. Oleh itu pelan-pelan CIDB haruslah dikaji semula dengan mengambil kira pandangan dari kontraktor, warga university dan juga klien.



Secara keseluruhan, teringin aku nak tgk IBS nih berkembang di Malaysia. Marilah kita sama-sama menambahkan ilmu berkenaan dengan IBS. Bukan ape, cuba bayangkan lepas ni, kalu nak buat rumah, kejap je…2-3 minggu siap. Pergi kedai kat depan umah beli tiang, pergi sentol beli dinding pastu roger kengkawan mintak tolong pasangkan. Pekerja buruh pon mesti kurang. Secara x langsung yang manpower yang buat keje nih pasti akan makin putih sebab keje kat dalam kilang. Ada aircond. Mat-mat rempit pon mesti berminat nak keje..btol x??tapi ape2 pon kalu nak menjadilah plan nih, CIDB kena ajar sume org untuk pegang satu pesanan dari En Zaki “hidup berpegang pada prinsip bukan duit semata”(kredit 2 gembo sebab war2kan)..wassalam..

Pic source- slide CIDB

Friday, April 17, 2009

cara-cara membalut luka part 1 (jadilah org lain)



Tetiba terdengar balik lagu yang sangat menarik dari silverchair-without you

bila dengar lagu nih teringat saat muda2 yang taksub mencari cinta...bodoh jugak arr hobi yang x berfaedah nih...tapi cinta kalau kita dambakan nya melebihi dari yang sepatut nya, percaya lah, kita akan jauh tersesat sebab cinta bukan bermain dengan akal tapi bermain dengan hati...hati adalah satu organ yang sangat sukar untuk dikawal sehinggakan jika mengikut kehendak hati tanpa bilasan dari bendahara akal, maka pasti akan jauh tersesat

Dolu-dolu

Dulu waktu muda2 aku sangat inginkan wanita yang free hair, stylo,putih,gebu atau secara ringkas nya cintaku berputik dari segi fizikal dahulu kemudian baru hati...kekal x cinta dari mata dulu kemudian ke hati??

pendapat aku, x kekal....(setakat nih lahh)

jadi dulu...aku dapat apa yang aku nak...tapi kekal atau tidak cinta fizikal ini?

logikal aku kuat mengatakan bahawa ianya tidak akan kekal....tapi Tuhan maha adil dia meletakkan aku pada suatu tempat yang aku rasa pada ketika itu adalah syurga...tapi percaya laahhh...neraka dunia....syukur kehadrat ilahi kerana aku belum jauh tersesat dari jalan sebenar insan yang begelar muslim

kalau cinta fizikal, maka apa yang kita mahukan adalah berdasarkan meterial dan fizikal semata...aku ingat lagi pada ketika aku hanyut....aku meletakkan komitmen yang sangat tinggi pada pasangan ku dan apa yang terjadi selepas itu??HANYUT! kerana terlalu mendambarkan cinta

abes 2 cinta x boleh ke???

bukan x boleh...boleh...kita adam dilahirkan untuk melindungi dan membentuk serta memimpin kaum hawa yang lemah...tapi dek kerana konsep cinta zaman modern ni, sume rusak...

tapi kan dulu waktu ketika aku frust, keciwa meratap...(emo gile seh)...aku lupa yang sebenarnya masih ramai yang mencintai aku dan menyayangi aku. so....kat sini aku gariskan mende2 yang aku buat untuk heal..


1.1 set masa bila nak berubah

kalau macam aku dulu putus cinta...perghh...suma x senang idop...time makan kt celah2 pinggan ada muka dia...nak minum dalam sirap 2 ada muka dia...dah macam mana??nak wat ape??
so ape yang aku buat...bila dah sampai tahap camni...seblom aku tidor kompem aku igt kat dia...jadi pada satu hari..seblom aku tidor...aku ckp kat diri aku...n aku set terus..besok aku akan berubah!!!aku xnk jadi macam seblom nih...aku perlukan oksigen baru...aku nak buang tong oksigen lame...juz cuma aku xtahu je tong oksigen yang macam mane yang elok untuk aku yang kurang oksigen nihh...


1.2Jadi orang lain

aku pada permulaan putus cinta menjadi seorang yang tidak punya prinsip.Ego= 0!!!zero beb!!
agak kelakar lah keadaan aku disitu. so aku mula menjadi bukan diri aku...aku kerap membaca buku-buku yang bercorak self-esteem dan mencari cara2 untuk mengobati hatiku yang berkecai...thanks 2 my step sis(ache) yang memberi buku "i used 2 miss him but my aim is improving" karya Alison james...sampai skang aku x pulangkan lagi buku 2 kat dia...nanti kalu ada masa kita berjumpa i pulangkan eh ache!!! Buku ni sebenarnya sangat elok untuk perempuan yang berduka cita akibat putus cinta...tapi apsal plak aku yang ketegori lelaki ni baca??sebab ada 2...

  • untuk aku faham betapa susah nya pompuan untuk heal bila dikecewakan...x sama macam laki yang mempunyai logikal akal yang sangat kuat!!!supaya memberi kesedaran kat aku jangan lah memainkan ati pompuan....
  • untuk aku ambil sedikit sebanyak tips untuk heal dan kemudian counterback balik untuk menjadikan tips itu sesuai untuk aku sebagai seorang lelaki...


lepas aku baca dan baca... aku dapat lah antara ayat-ayat yang memotivasi kan aku antaranya..

  • life is not the way it is supposed to be. It is the way it is. The way you cope with it makes the difference!!


  • always forgive your enemy-- nothing annoy them so much


  • when you plan to get even with someone, you are only letting that person continue to hurt you!

  • when i eventually meet my mrs Right, I had no idea that her first name was always!!

nilah antara kata-kata awal yang menjadi oksigen aku untuk teruskan kehidupan tanpa si Dia...tapi dia x berjaya untuk membuatkan aku jadi orang lain

1.2 Hijrah


aku pon terus berhijrah, meninggalkan semua kenangan yang ada bersama..tapi kalau anda bertemu dengan pasangan anda hari2....n rs macam susah nak mulakan hidup baru???senang je...lari kan sahaja atau hijrah lah diri anda dari persekitaran yang ada dia....bila dah betol2 bersedia untuk berjumpa dengan dia dan persekitaran dia, baru jumpe....tapi jangan letakkan kebencian pada org...kepada yang pompuan...bahaya wooo..sekali korang dah tanah benih benci dalam hati, habis laaa...korang secara tidak langsung telah menumpahkan dakwat itam kat dalam ati korang...jangan lah hukum sesama manusia...harapkan dia berubah dan muhasabah lah diri anda...jika anda ikhlas melepaskan sesuatu....nescaya Allah akan mengantikan dengan sesuatu yang lebih baik....kalu x ikhlas... makin benci...kita secara x langsung makin igt kat dia...x caya cuba...


1.3 perhatikan sekeliling


cuba korang tengok dalam hidup korang yang korang nampak sape yang mmg ada je ngan korang???sape yang selalu bercakap dengan korang??tanye korang sehat ke x???dah tentu laa mak ayah dan kengkawan rapat....rapat kan lah diri dengan dorang...bantulah dorang kalu dorang perlukan bantuan...sebab ape??sebab bila korang wat setiap pertolongan itu...secara x langsung korang sedang memBZkan diri...jadi masa 24 yang Tuhan bagi korang xkan salah gunakan untuk mengingat kembali zaman lampau...jadi...kepada sesiapa yang berkapel...jgn lah lupa kan kengkawan....nanti bila clashh...korang datang balik kepada kengkawan korang then time 2 lah korang akan dengar ayat....tulah..dulu time berkapel...kawan2 tinggal...dia lah segalanya..tapi kalu kengkawan korang jenis x kesah xpe...nih yang jenis berdendam sebab adalah yang korang wat time hangat bercinta yang membuat kan dia nak simpan dendam...time 2 baru lah korang akan tahu langit tinggi ke rendah..

tapi apa2 pon...step pertama untuk heal..adalah jadi orang lain...bzkan diri..tapi yang paling-paling penting...bersedia untuk mulakan hidup baru...jangan asik menangisi permergian si dia..xGUNA....nanti aku akan sambung lagi tips2 seterusnya...kalau ada feedback laa...kalu xda..aku biarkan sahaja ia berkubur...


*tapi sebelum apa2 aku tegaskan kat sini..ni adalah perkongsian sahaja...bukan rujukan...fikir dulu apa yang korang nak buat itu betol atau tidak...jangan main hantam kromo je...apa2 pon selamat membaca and nantikan part 2(now who you are!)

Thursday, April 16, 2009

Inovasi tab mandi


Tab mandi alaf baru

Haaa...kali ni nk try berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan kehebatan tab mandi ini...dia buleh jadi shower, secara tak langsung kalu agak2 nak berendam sambil men kapal, terbalik kan aje tab 2 untuk tujuan berendam...ia kelihatan luxury dan mewah dan pastinya akan menyebabkan jiran2 tertangga yang datang untuk buang air kecil memerlukan masa yang lebih sebab dorang akan mandi secara x sengaja...ahakz....ia sangat cantek(bukan pompuan yang tgh mandi 2) dan memerlukan perubahan besar dilakukan pada bilik mandi anda..ia memerlukan ruangan yang besar juga installation yang banyak menggunakan paip dan menebuk dinding yang sedia ada..nih baru lah prototaip dari designer dia yang menginginkan perubahan pada bilik mandi di rumah beliau dia Spain! sape nk bilik air camni angkat tangan??

Beg yang cantek!



Kepada lelaki-lelaki metroseksual, or wanita-wanita yang agak2 yang ada perasaan berahi kepada barangan cuba tgk beg keluaran chanel(yahud nih)..apa yang nak dibangga kan bukan lah kehebatan pada jenama, tapi fungsi beg nih dah kearah keterbukaan melampau laaa...sume org bleh nampak, psykologinya, bila org tgk beg 2 dengan transperentnya dapatlah membuat andaian seperti agak kemas dan bersih laki di situ, n mungkin jugak akan kuar perkataan style beb...tetapi, cuba kita sesama pikir, praktikal x beg yang fungsinya menyimpan barang dan kemudian di tambah fungsinya supaya orang lain buleh tgk isi dalam kita..

Keterbukaan

konsep keterbukaan ni lah yang cuba dibawa ketengah. keterbukaan boleh. tapi pastikan kalu nak terbuka, pastikan dahulu batasnya sampai mana dengan mengaplikasikan kehebatan akal yang dikurnia. Saya disini bukan lah nk kate design dia x bagus or bagus. cuma berkongsi pendapat tentang kegilaan rekaan zaman sekarang kalu buleh sume nk bukak...tentang fasion pompuan xyah describe dah tahu dah...mana yang buleh dibelah kita belah. Mana yang x buleh bla kita transparentkan...xpon kita nipiskan kain...kalau boleh kita tengok sesuatu then kita nilai sendiri praktik x mende ni untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. tanyelah orang yang pakar. tapi hidup di dunia ni eloklah sederhana je. jangan lebih2. kalau dapat lebih bersyukurlah kepada Yang Maha Esa..ok!

kegilaaan!!





Hari ni saya nak berkongsi sket kegilaan engineer+arkitek ngan kehendak klien yang semakin luar dari kotak permikiran manusia...cuba try usya lift nih...sape yang berani nak naik??saya!!! saya nak jugak!!!

Kegilaaan

lift atau elavator main function adalah digunakan sebagai pengangkutan didalam bangunan dimana untuk memindahkan penumpang dari satu floor ke satu floor yang lain. namun, sekarang ini fungsi lift nih dah ditukar kepada keseronokan kepada penaik lift untuk merasai perasaan yang selalunya di alami oleh tukang2 cuci bangunan tinggi berserta dengan brother2 yang bertugas untuk memaintain kan lift nih! kini kegilaan untuk mencabar minda engineer+arkitek+designer untuk membuat satu lift yang bukan tertumpu pada satu function sahaja. sebab ape? sebab kalau lift tinggi,tekanan makin tinggi, bahan yang digunakan nak jenis yang camne?so bahan baru akan cuba dicari secara x langsung akan engage kepala otak designer and contractor untuk membuat sesuatu yang cantek, gila, selamat...


Tapi apa2 pon pendapat aku xpe mende canggih2 nih tapi jgn lah meletakkan meterial, kebendaan dan pengiktirafan manusia sebagai sesuatu yang dikejarkan...apa yang penting kegilaan akal yang diberi Allah disalurkan pada tempat sepatutnya...Wallahualam...

Wednesday, April 15, 2009

Surat Balasan Adam pada Hawa




Ya Hawa...
Tidak pernah terlintas hati ini untuk marah tatkala membaca teguranmu. Sesungguhnya Hawa aku tidak pernah berasa sesal kerana memintamu sebagai temanku.Engkau penghilang kesunyian hatiku, tiada ruang untuk aku menafikannya.
Aku kenal benar bengkokmu kerana engkau adalah dariku.

Aku juga tidak pernah lari dari amanah untuk membimbingmu kerana pesonganmu bererti pesonganku jua.

Hawa...Maha hebat Allah dalam penciptaan-Nya yang mentakdirkan bilangan kaumku kurang berbanding kaummu. Jika bilangan kaumku mengatasi kaummu nescaya kaburlah matamu untuk mendampingi rusuk-rusuk disisiku, dunia dibanjiri tangisan air matamu, Hawa sesama Hawa bermusuhan kerana Adam.



Buktinya cukup nyata dari peristiwa Yusuf dan Zulaikha sehinggalah pada zaman keturunannya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih daripada satu tetapi tidak lebih daripada empat pada satu waktu.
Hawa...Bukan kerana ramai isteri yang menyusahkanku. Bukan juga kerana ramainya bilanganmu yang mencabarku. Tapi, aku risau , gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dahulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti membimbingmu ketika menjadi suamimu.



Namun, terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara...
Hawa...Kau juga pasti tahu bahawa al-Quran juga menyatakan tanggungjawab kaum Hawa dalam mematuhi kaum Adam. Kau diberi amanah untuk mendidik zuriatku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati & mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku & Tuhanmu.
Tapi Hawa, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaummu kini, kamu dan kaummu telah ramai menderhakaiku. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki kamu tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatmu. Jika terpaksa kamu keluar dari rumah mesti berizin dan seluruh tubuhmu mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.



Tapi.. realitinya kini, Hawa...kau telah lebih dari sepatutnya.
Hawa... Mengapa kamu begini? Aku jadi guru kaupun menjadi guru. Aku berceloreng ke perbatasan, kau meyingsing lengan sama-sama keperbatasan. Kekadang aku duduk bersahaja, memerhati gelagat kaummu... Ku perhatikan saja kau panjat tangga di pejabat bomba, kainmu tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Bukan niatku tidak mahu bekerja tapi katamu ”kau boleh buat semua perkara”. Kenapakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang hormatmu terhadapku?



Hawa…Aku tidak pernah marah mahupun sakit hati andainya aku yang dipersalahkan. Kenapa? Mengapa begitu Hawa? Benar…ramai orang berkata anak jahat itu anak si bapak, jika murid nakal, ustat yang tidak pandai mengajar! Hawa, kau selalu berkata, Adam memang ego, sombong tidak mahu dengar teguran, kepala angin. Pada hemat diriku yang lemah ini, Hawa, seharusnya kau tanya dirimu, Apakah ketaatanmu terhadapku sama seperti ketaatan Khadijah kepada Rasulullah? Adakah engkau Hawa melayan aku sama seperti layanan Fatimah kepada Ali karamAllahhuwajjhah? Adakah kata-kata dan perilakumu Hawa boleh dijadiakan penenang dan penyejuk mata kaum Adam?


Hawa...Aku sedar diriku imam dan engkau makmum, aku adalah pemimpin kerana engkau perlukan pimpinan. Jika kau taat, maka mudahlah urusanku. Jika kau berkeras, keraslah lidahku menasihatimu. Kau dicipta nafsu beribu, aku dicipta nafsu nan satu.
Akalmu satu, nafsumu beribu. Aku...nafsuku satu akalku bercelaru! Dari itu Hawa...genggamlah tanganku, kerana aku juga sering lupa, lalai dan alpa, sering aku terlepas genggamanku dirasuk oleh akal yang bercelaru dan ber-ibukan nafsu.
Taatilah daku untuk memudahkan aku memimpinmu, perdengarkanlah kata-kata manismu agar sejuk mataku. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahid kekasih Allah.


Hawa…andainya kau masih hanyut dibelai sembilan nafsumu, masih acuh mengikuti langkah para mujahidah, masih megah berkata keramat “aku boleh buat apa yang kamu boleh buat” maka kita tunggu dan lihat, dunia ini akan hancur apabila kaummu yang akan memerintah. Malulah engkau Hawa, malulah engkau kepada diriku, semalulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu..


Wallahu a'lam.


YTL RESIDENCE




Mesti rumah kediaman camni menjadi impian setiap insan yang bergelar manusia. Memang terbaik rekabentuk rumah persendirian YTL residence ni.dengan keluasan 32,292 meter persegi . Klien rumah nih Yeok Seok punye impian mampu untuk menempatkan 3 generasi keluarga cina-malaysia .


Terletak di damansara dan pastinya akan nampak 88 tingkat menara kebangaan Malaysia ciptaan Cesar Pelli ngan sape tah lagi sorang sy terlupa…maap ehh..dan dengan idea asal Tun Mahathir Mohamad iaitu KLCC. Rekabentuknya mencampurkan kehebatan arkitek,jurutera,hiasan dalaman dan landscaping secara TOTAL beb! Gile kentang!









Sebab ape?



Klien telah mengimport pakar landscaping “Officina del Paesaggio” dari paris untuk study sendiri landscaping yang mantobp dan sesuai dengan keadaan Malaysia yang beriklim tropika nan menghijau ini.sebab klien ni kalau boleh nak satu rumah yang berasimilasi dengan keindahan tumbuh-tumbuhan. Pakar-pakar telah merekabentuk rumah ini mempunyai banyak ruang untuk pengunjung yang datang ke rumah ini. Untuk tempat makan formal, di anggarkan seramai 30 org boleh dok makan bersama-sama. Disamping itu tingkap-tingkap dirumah ini mengunakan jenis sliding untuk mendapatkan kedinginan secara semula jadi. Sungguhpon begitu, rumah ini masih lagi memerlukan AC untuk keselesaan ketika kepanasan berlaku.



Apa yang ada?



Kepada sesiapa yang nak menyewa..lupa kan…hahahaha…gurau je..antara yang ada dalam??

YTL residence

- 2 tingkat 9 bilik tidur
- 1 suite untuk (Yeok Seok) klien bersama isteri lengkap dengan library didalamnya)
- 1 suite lagi untuk Yeoh Tiong Lay bersama isterinya
- 7 lagi bilik tidur untuk keluarga beranak 7




Struktur dia?


Bahan yang digunakan adalah hybrid RC reinforced concrete, steel, dengan wood framing. Apa yang menariknya adalah main entrance, the elevator core, dengan kitchen yang akan menahan beban 2 bilik tidur yang terletak secara cantilever(terjulur) (kira macam dua bilik tidur 2 cantilever bawah dia main entrance, elevator core, dengan kitchen.). Agak gempak design di situ.
















STYLE





Exclusive





Elegent






Ini lah antara rumah kediaman yang pastinya kalau duduk kat dalam kompem tak nak keluar-keluar. Sangat selesa dan juga menerapkan alam bersama. Saya yakin, kalau semua rumah camni, anak-anak kompem x lepak keluar dan mesti semua org suka nak balik rumah. Barulah di panggil “rumahku Syurga ku”. Tapi biasanya rumah macam ini tak semua org dapat memilikinya. Jangan risau, kalau tak dapat kat dunia, berjuanglah dan pastikan dapat di Akhirat.

Surat Hawa pada Adam




aku dapat surat nih dari kaum hawa lah...sangat menarik dan menjelinap masuk cahaya keinsafan kat dalam hati aku sebagai kaum adam...baca lah dengan menggunakan mata hati!!






Adam..... Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa
inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.

Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu. Adam... Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.

Tapi... aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku
sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.



Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah
menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam
redha Tuhanku dan Tuhanmu.


Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan,
di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.


Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya. Adam... Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk
saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja
aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.


Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut
tanggung! Kenapa?

Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu
berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah
didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-
isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap
mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.


Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku
tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar
menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah

Err....tumpang lalu

Assalamualaikum...selamat datang ke Blog aku...kat sini ada percubaan aku untuk belajar berkarya menggunakan ayat....dah pastinya ayat-ayat yang kuar agak merapu...blog ini bukan lah mengisarkan politik ke ekonomi ke....blog nih adalah ape yang aku pikir...kalu salah tegur...kalu btol...diam2 sudah!bagi tahu kat kengkawan lain n cuba jadikan hobi untuk bagitahu blog aku nih kat org len

Monday, April 6, 2009

Ader aku ‘kesah’lism?



Menatang ape lah tanjuk nih agak-agaknye ea? Saje je aku nak letak perkataan “lism-lism” ni supaya nampak ianya satu bentuk ideologi yang jumud dan kalau tak dirawat dengan segera….kompem jahanam beb.


Pasal ape plak nak jahanam?ape yang jahanam?


Aku bukan-lah doctor yang nak rawat-rawat ni, tapi sekadar perkongsian.Sebab penyakit ini bagi aku adalah satu bentuk pemikiran ketidakpedulian dengan keadaan sekeliling yang seakan-akan barah dalam society. Dan masalah ini sebenarnya tampak jelas di pusat-pusat intelektual(sebab aku kat dalam university lagi). Rata-rata Mahasiswa kurang berminat untuk get along with society dan lebih minat untuk berhadapan dengan laptop atau pon desktop, x kesah lah men game ke youtube..yang penting mereka lebih minat untuk buat kerja sendiri dari pedulikan hal masyarakat sekeliling. Dan apabila penyakit ini di biasakan dan dilayan tanpa ada inisiatif untuk berobah, maka satu bentuk ideologi yang “tak tercapai dek akal ku” akan lahir iaitu ideology Ade aku kesahlisma? Initipati ideology ini adalah seperti menolak cara manusia berfikir, mengecam manusia berjuang dan menetepikan manusia berbakti.


Menolak cara manusia berpikir



“Eh…mustahilla…mane ada aku pernah menolak cara manusia berpikir”. Ha…ada terdetik x pemikiran camni lepas baca ideology yang lahir? Haaaa…kalu ada counter-back balik perasaan tu cepat2..sebab dia merupakan petanda kepada penyakit ader aku kesahlism ni…seseorang itu akan bersikap terlalu defensive, sedangkan setiap menda yang diutarakan tue xda kena mengena ngan diri dia pon. Dan antara sindrom lain:-

PHD 1st class
Bukan doctor of philosophy tapi Perasaan Hasad Dengki. Apa yang dimaksudkan dengan dengki ni? Dia tak semena-mena dengki dengan apa yang orang lain buat. Biasanya dengki ada 2 cara. Satu keadaan tu kalau dengki dia bagi tahu…”weh aku dengki seh ngan ko. Ko makan urat kentot ape ni sampai jadi bijak melampau ni” nih dengki terang-terangan. Bagus-lah dengki camni sebab dia akan membawa kepada satu aura positif dalam diri orang yang cakap. Sebab dia bukan lah dengki ape sebenarnya. Dia cakap camtu untuk bagitahu 2 perkara je. Satu “aku bangga ko kawan aku bijak” kedua “tapi bijak ko x lame sebab aku akan jadi lebih bijak”…. haaa kalu dengki style camni xpe.. sebab ni unsur-unsur persaingan. Bagus n syabas beteh!!!!!
Yang tak bagus nye PHD 1st class level nih beb. Dia nih jenis dengki tapi tak bagi tahu then mewarwarkan serta menanamkan kedengkian itu pada hati orang lain. Nih kes bahaya. Sebab kadang-kadang komunikasi nih cakap fakta je x best. Mesti nak tambah ajinomoto sket ngan kari rempah babas. Baru Masyyuuukk!!. So bila dah sampai tahap masyuk…maknanya dan sampai ketahap fitnah sebab mengada-adakan cerita. Sesungguhnya fitnah lebih teruk dari membunuh! “Nauzubillahiminzalik”. Bahaya woo kalau fitnah jadi fitrah…


Ananiah.



Setakat ni punca-punca yang dikenal pasti adalah hilang semangat kekitaan. Lebih kepada Ananiah atau pon Anaconda. Anaconda sekor ular besor yang makan orang yang dia telan bulat2.(xda kena mengena pon..hahaha.)Ananiah pulak semangat hidup bersendirian. Tidak perlukan bantuan orang lain. Kalau perlu pon dia akan mintak tolong pastu diam balik. Lepak balik dalam kelompok atau dunia imaginasi dia. Hidup dia ni lebih kurang xda perjuangan, dan sentiasa berusaha untuk menjadi manusia yang menjadi hamba diri sendiri. Sebab pesakit ini akan menolak sesiapa sahaja manusia yang datang membawa pintu untuk berubah. Dalam ape pon bentuk idea yang datang yang cuba dicurahkan kepadanya, dia dengan rilek dan tanpa segan silu akan menolak dan yang pasti ayat dia last sekali…Ade aku kesah???


Hendonisme


Penerapan hendonisma yang berlebihan yang menyebabkan minda pesakit seolah-olah xdapat nak membezakan yang mana baik dengan yang buruk. Lebih suka mengunakan akal yang dikurnia untuk berfikir tentang CINTA dan HIBURAN atau apa-apa unsur yang membawa kepada percutian minda. Dia ketagih pada mende camni…bukan lah x boleh langsung pasal cinta dan hiburan.tapi bak kate orang cina…man2x la or berpada-pada laa. Dan akhirnya pemikiran ini akan menyumbang kepada kematian idealism.
Dimana silapnya?


- Kurang meletakkan islam itu sebagai cara hidup. Ataupun prinsip hidup. Penghayatan islam pada diri pesakit itu lemah. Kita tahu ideologi memandulkan minda ini tentunya di tegah dalam islam. Sebab itu berjuanglah didunia seakan akan kita hidup selama-lamanya dan beribadatlah seperti kita akan mati esk hari.

- Lahir generasi keanak-anakan. Yang tidak matang suka dimanja, dipujuk dan diberikan choki-choki. Tidak lahir generasi pada hari ini yang mempunyai antibody atau jati diri yang kuat untuk melawan penyakit yang merbahaya ini.

- Malas nak berpikir. Malas nak update kan otak ngan perkembangan semasa. Perkembangan semasa tidaklah hanya terjerumus kepada kancah politik atau ekonomi atau kisah cerai artis sahaja. Ia meliputi semua aspek.


Kalau dah namenye barah, confirm kena bedah beb,minor ke major operation x kesah lah, tapi yang penting, ianya mesti dirawat. Tapi ape-ape pon jangan kalut. Kita ada Al-quran dan As-Sunnah. Berbalik lah pada- Nya.